Tetapi puasa juga adalah lebih dari itu. Ianya mengajar kita supaya lebih bersabar, mengelakkan perkara-perkara mazmumah seperti menipu, berkata sesuatu yang tidak elok, bercakap kasar, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.
Walau bagaimanapun, puasa adalah ibadah yang sukar dilakukan oleh kalangan kanak-kanak berbanding solat lima waktu sehari semalam, kerana fitrah manusia yang akan sentiasa dalam mood marah apabila lapar dan dahaga. Badan menjadi tidak bermaya seperti selalu. Namun apabila dilatih dari tahun ke tahun, Insya-Allah, kanak-kanak akan biasa berpuasa dan menganggap ianya sebagai aktiviti biasa.
Antara tips-tips mendidik dan tips mengajar anak puasa, lebih-lebih yang baru kali pertama mencuba ialah:
1. Terangkan agar anak faham
Terangkan apakah ibadah puasa secara ringkas dan mudah difahami. Kanak-kanak generasi muda sekarang tidak mahu membuat sesuatu tanpa ada fakta atau sebab mengapa mereka perlu melakukan ibadah itu.2. Solat itu penting
Tidak lengkap puasa kalau tidak solat. Latih anak-anak solat lima waktu. Ini untuk melatih mereka solat adalah tiang agama, bukan hanya setakat puasa sahaja.Tekankan bahawa kedua-duanya adalah rukun Islam dan wajib dilakukan bagi semua umat Islam.
3. Biar perlahan-lahan dan berperingkat
Jangan memaksa adalah salah satu tips mengajarips mengajar anak puasa dengan cara yang betul. Puasa secara berperingkat. Andaikata pada hari pertama, perut anak-anak tidak tahan, berbukalah pada pukul 10 pagi. Sentiasa buat cabaran 30 hari contohnya pada hari kedua, boleh bertahan selepas Zohor, dan seterusnya.Jikalau anak-anak anda dapat bertahan sehingga Maghrib, itu sudah menjadi kejayaan kepadanya.
4. Puji anak
Kenapa malu puji anak sendiri? Ini adalah salah satu tips mengajar anak puasa.Pujilah dan hargailah kejayaan mereka untuk menaikkan semangat mereka. Berikan mereka ganjaran dengan menyediakan makanan kesukaan anak anda ketika berbuka. Bukan dengan beri ganjaran untuk duit raya. Itu rasuah namanya!
5. Sediakan makanan kegemaran
Ketika sahur, tingkatkan selera anak anda dengan makanan kesukaan mereka, tetapi dipenuhi dengan khasiat untuk tumbesaran dan kesihatan anak anda.
Buatkan makanan mereka juga menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat anak anda. Bento dari budaya masakan Jepun adalah salah satu cara untuk menarik minat anak anda bersahur.
6. Tinggi karbohidrat
Lebihkan makanan yang mempunyai karbohidrat dan berlemak supaya anak anda dapat bertahan ketika puasa.7. Tinggalkan gula, guna madu
Sediakan minuman bercampur madu agar anak anda sentiasa cergas dan bertenaga ketika berpuasa.8. Jangan lasak sangat
Pilih permainan yang memerlukan sedikit tenaga, dan bermainlah di tempat teduh agar mengelakkan anak anda cepat letih dan lapar. Pilihlah waktu petang tatkala hampir kepada maghrib, supaya senang berbuka puasa kemudian.9. Dekatkan dan rapat dengan Al-Quran
Ajarkan anak-anak mengaji dan mengkaji Al-Quran, solat tarawikh, doa dan belikan bacaan mudah tentang puasa dan bulan Ramadhan pada anak-anak.10. Makan seadanya
Ketika berbuka, janganlah makan sampai kenyang kerana ianya akan menyebabkan perut anak anda sakit dan menyukarkan mereka menjalani solat Maghrib dan Tarawikh.11. Jangan skip sahur
Dalam berbincang tips mengajar anak puasa, ini antara yang paling penting. Kalau dia kata mengantuk, angkat ke meja makan. Banyakkan makan makanan berkabohidrat ketika bersahur.12. Sorok makanan kesukaan anak di siang hari
Cuba elakkan godaan seperti ais krim, coklat dan makanan kesukaan anak anda. Alihkan perhatian mereka dengan membaca Al-Quran, bermain dan sebagainya.13. Minum air kosong dengan banyak
Ketika sahur, banyakkan meminum air kosong supaya badan tidak berhidrasi. Jika ada air Zam-zam, itu lebih baik.14. Tidur awal
Pastikan mereka tidur awal supaya mereka bangun sahur. Bekalkan susu untuk mereka untuk memberi kalsium pada tumbesaran mereka. Selalu bercerita tentang keberkatan Ramadhan dan kongsikan kesengsaraan kanak-kanak di negara lain yang kuat walaupun dalam penuh kesusahan.15. Masak lauk berbuka bersama
Pulanglah awal dari bekerja kalau boleh. Sentiasa luangkan masa bersama anak-anak seperti memasak bersama, bermain bersama atau sediakan juadah berbuka puasa yang menarik untuk anak-anak. Masa bersama keluarga adalah yang paling berharga buat ibubapa.16. Tonton Upin & Ipin
Ini tips mengajar anak puasa yang sangat efektif. Tontonlah kartun yang bertemakan Ramadhan seperti Upin & Ipin supaya dapat menggalakan anak berpuasa.17. Jauhi TV
Kurangkan menonton televisyen terlalu kerap kerana ia mungkin akan mengugat keimanan si kecil.18. Tinggalkan vitamin
Jangan memberi anak anda vitamin penambah nafsu makan supaya anak anda tidak terasa lapar.19. Baca doa
Ajarkan anak anda berdoa ketika bersahur dan juga sebelum berbuka.20. Ajarkan akhlak
Didiklah anak supaya menghormati ibadah puasa, dan orang yang menjalani ibadah puasa. Contohnya jika hendak berbuka awal, elakkan dari memakan di hadapan orang yang puasa.21. Ajarkan beza masa dan waktu solat
Bezakan anak-anak antara azan waktu Zuhur, Asar, dan Maghrib. Anak-anak akan keliru kerana hanya ingatkan tibanya waktu azan, sudah masanya untuk berbuka.22. Tahan nafsu
Anak kecil tentu sekali belum ada nafsu besar seperti orang dewasa. Jadi, tips mengajar anak puasa sepatutnya lebih mudah. Latih anak supaya dapat menahan nafsu makan, dan segala perkara yang membatalkan puasa secara berperingkat.23. Fahami yang asas
Mulakan dari yang asas. Kanak-kanak kurang faham apabila diberi input terlalu banyak. Berikan konsep puasa seperti tidak makan dan minum, dan juga sifat marah.Ajarkan secara berperingkat melalui penceritaan dan perbualan. Anak-anak anda akan dapat tangkap apa yang perlu dilakukan ketika puasa.
24. Kepimpinan melalui teladan
Contoh yang baik datangnya dari ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa seronok menyambut bulan Ramadhan dan aktiviti puasa, anak-anak akan turut serta ikut.25. Ajar dan ulang kebaikan berpuasa
Sentiasa bercakap padanya tentang puasa apabila anak anda terjaga apabila sahur. Katakan padanya, “Nak ikut bersahur tak? Kita puasa hari ini ya sayang.” Perkataan anda akan dirakam oleh anak anda dan disimpan dalam memori otaknya.Rakaman tersebut akan muncul kembali ketika ada informasi yang sama dia terima. Semakin selalu kita menyampaikan hal-hal tentang puasa maka memorinya akan semakin kuat menyimpan informasi tentang puasa.
26. Ajar dan ajar anak lagi
Menyampaikan informasi tentang puasa melalui media gambar adalah salah satu cara efektif dalam mendidik anak puasa kerana anak anda akan lebih tertarik apabila melihat visual gambar. Kita boleh mengubahsuai buku cerita dengan cerita bertemakan puasa.Misalnya ada gambar orang sedang makan, kita sampaikan bahawa orang ini sedang makan sahur kerana akan berpuasa sehari penuh. Kemungkinan besar anak yang berusia dua tahun ke atas akan rasa ingin tahu dan akan bertanya tentang puasa.
Kita boleh menjelaskan bahawa dengan ibadah puasa, ianya adalah suruhan Allah dan kita akan mendapat keberkatan apabila berpuasa dan mengetahui kesusahan orang yang kelaparan di luar sana.
27. Cerita tentang kisah lama
Ini tips mengajar anak puasa dengan bercerita kembali kisah lama semasa ibu-bapa kecil. Media dongeng seperti ini juga boleh digunakan untuk menyampaikan informasi puasa pada anak anda. Cerita apa-apa sahaja sangat digemari oleh anak-anak kerana ianya akan menimbulkan daya imaginasinya.Kita boleh bercerita melalui pengalaman kita ketika kita berpuasa sejak kecil. Watak haiwan juga boleh digunakan sebagai wakil pelakon. Cerita dongeng sangat efektif dalam mempengaruhi jiwa anak kerana imaginasinya yang tinggi.
Apabila informasi tentang puasa sudah tersimpan kuat dalam memori anak, akan mudah baginya dalam menjalankan ibadah puasa.
Ini kerana aktiviti otak akan mempengaruhi persiapan fizik anak. Otak primitif (action brain) menyusun fizikal untuk kemandirian hidup, menajamkan gerak reflex, meningkatkan daya motor anak, memantau fungsi tubuh dan memproses informasi yang masuk dari pemerhatian/penglihatan.
Ketika kita menyampaikan informasi tentang puasa maka secara selari kita juga menyiapkan fizikal anak untuk berpuasa.
Akhir kata
Benar, bukan mudah untuk melatih dan mendidik anak berpuasa. Tips mengajar anak puasa juga tidak sama untuk setiap pasangan ibu-bapa.Apa yang penting, banyak-banyak berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya. Semoga anak-anak yang kita didik hari ini bakal menjadi mujahid yang mempertahankan agama Islam.
panduanpercuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan