Ramai
di kalangan anda yang kurang menyedari ada sesuatu yang berlaku
terhadap diri anda yang dikatakan boleh menjadi masalah kesihatan yang
besar jika tidak diambil peduli. Apa yang mengejutkan, ada beberapa
pakar bersetuju dengan fakta-fakta yang perlu diketahui oleh anda wahai
jejaka.
1. Ketagihan
Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa
ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan
bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan
merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang. Di Amerika
Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh
lelaki. Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk
meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.
2. Kolesterol
Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok ‘binaan’ penting
bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta
menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada
apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh
menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah kolesterol tinggi boleh
menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial
hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat
terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis,
obesiti dan sakit jantung.
3. Sindrom Malu Kencing
Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing
pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan
sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain.
Sindrom ini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira
kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa. Meskipun sindrom ini tidak
dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda
tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang
berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi
membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau
keretapi. Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk
bercuti malah menolak untuk berkongsi tandas.
4. Kanser Testikel
Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan
pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru
tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang
menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah
‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor.
Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan
lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.
5. Dengkuran Kuat
Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat
pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu
tidur berasingan dari anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan
pernafasan. Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak
termasuk seluruh dunia. Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur.
Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan
pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia
tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan
hidung.
6. Kaki Atlit
Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu
jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90%
kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak
dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan
tapak tangan. Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap
memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki
‘bernafas’. Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit
seakan melecur dan rasa kurang selesa.
Kadang-kadang, kita menyedari ada masalah kecil sedang berlaku pada
diri sendiri. Namun, sikap acuh tidak acuh membuatkan anda bakal
menyenaraikan diri sendiri sebagai pesakit secara tidak langsung.
Sebelum terlambat, periksa kesihatan dan perubahan diri untuk menjamin
kesihatan terbaik sehingga hari tua.
http://www.emalaysiannews.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan