Kita sedia maklum tentang kebaikan banyak makan sayur dan buah-buahan.
Setiap buah-buahan yang berlainan warna memberikan khasiat yang berbeza.
Tahukah anda ada beberapa jenis buah-buahan dan sayuran berwarna merah
yang mampu menjadi penghalang penyakit jantung dan risiko kanser
sekiranya selalu dimakan.
Ubi bit
Warna unggu ubi bit mengandungi pelbagai khasiat. Ia bertindak sebagai
antioksida dan anti inflamasi dan vitamin C yang baik untuk badan. Anda
boleh menikmatinya dengan cara memanggangnya.
Ceri
Buah ini memang mahal harganya namun khasiatnya memang berbaloi jika
selalu dimakan. Tinggi kandungan antioksida membantu meningkatkan
kesihatan jantung.
Lada benggala
Lada benggala berwarna merah ini rendah kalori dan kaya dengan vitamin C
serta mengandungi karotenoid yang baik untuk memerangi penyakit
jantung. Anda boleh menumisnya bersama sayuran atau dijadikan bahan
untuk telur dadar. Ini kerana lada benggala mempunyai karotenoid yang
memerlukan sedikit lemak untuk mendapat khasiat sepenuhnya.
Epal
Epal sememangnya terkenal sebagai buah yang baik untuk kesihatan
sehinggakan ada perumpaan Inggeris mengatakan “an apple a day, keep a
doctor away”. Sekiranya anda makan epal secara rutin, anda sudah
memenuhi keperluan serat dalam badan, kesannya sistem pencernaan menjadi
lebih baik dan menurunkan kolesterol.
Limau bali
Limau bali yang berwarna merah hati ini kaya dengan lycopene dan
antioksida. Amalan makan buah ini dikatakan mampu mengurangkan risiko
kanser dan menurunkan kolesterol.
Delima
Buah delima kaya dengan antioksida yang baik dan boleh mencegah
penyakit jantung serta menurunkan kadar kolesterol. Kandungan serat dan
vitamin C dalam delima baik untuk kesihatan tubuh badan.
Tomato
Tomato kaya dengan lycopene untuk mengurangkan risiko kanser. Tomato
juga dapat meningkatkan kesihatan tulang kerana kandungan vitamin C dan
K.
Beri
Keluarga buah beri terdiri daripada strawberi, blueberi, mulberi
sememangnya terkenal dengan tinggi serat, rendah kalori dan kaya vitamin
C. Semakin kerap makan buah-buahan ini ia mampu meningkatkan daya
ingatan.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan