Khamis, 11 Jun 2015

Cara dan lafaz niat ganti puasa Ramadhan

                                                              
   Puasa ganti atau qada adalah bagi menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan.
Namun ada yang melafazkan dua niat serentak pada satu masa iaitu untuk puasa ganti dan puasa sunat dengan bertujuan mengabungkan antara Puasa Qaqa dan Puasa Sunat (Puasa Enam di bulan Syawal)

Setelah merujuk kepada kandungan sesi soal jawab agama berkaitan perkara ini, Ia menjelaskan bahawa Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat


Jadi hendaklah dilakukan secara berasingan kerana ia lebih baik (afdal). Bagaimanapun ada segelintir pendapat mengatakan dibolehkan untuk disatukan antara Puasa Qaqa dengan niat Puasa Sunat (Puasa Enam)

Jika musykil tentang perkara ini sebaiknya mendapatkan penjelasan lanjut dengan menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang disertakan dibawah

Terdapat beberapa pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini, namun pendapat umum ulama’ mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja, Wallahuallam

Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh

CARA DAN LAFAZ NIAT GANTI PUASA RAMADHAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya

Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah

LAFAZ NIAT PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”
  • Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan beserta dengan niat Puasa enam Syawal
“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

                                                        www.mysumber.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...