Gambar sekadar hiasan sahaja.
Syurga
mempunyai tingkatan-tingkatannya tersendiri, yakni kelebihan setiap satu
antaranya bergantung kepada amalan penghuninya. Jika amalannya tinggi
maka kedudukan syurganya pun tinggi juga dan syurga tertinggi dinamakan
syurga Firdaus, yakni syurga yang paling hampir dengan Arash Allah.
Pastinya syurga ini mempunyai sangat banyak kelebihannya berbanding
syurga-syurga yang lain.
Para
ulamak, masyaik, muhadithin serta ahli kitab yang terdahulu daripada
kita telah menghimpun cerita-cerita tentang syurga daripada
hadith-hadith Nabi s.a.w. serta al Quran lalu perkhabaran tentang syurga
dapat kita ketahui pada hari ini walaupun mereka dan kita belum pernah
kesana.
Dikhabarkan
bahawa seseorang yang mempunyai amalan yang tinggi dan telah berjaya
sampai ke syurga maka pintu-pintu syurga itu terbuka dengan sendirinya
lalu berkata, 'Selamat datang wahai si fulan'. Lalu masuklah orang yang
diberikan syurga itu kedalam syurga Allah itu. Dan tatkala ia melangkah
masuk maka segala apa yang dilihatnya didalam syurga itu adalah belum
pernah nampak dan belum pernah terfikir akan keindahannya. Begitu juga
dengan harum-haruman bayu yang bertiup dalam syurga adalah harum-haruman
yang belum pernah di hidu didunia dulu. Harum-haruman yang sangat
mengasyikkan. Begitu juga permandangan dalam syurga yang sangat indah
yang tidak pernah terbayang dan terfikir oleh akal kita.
Namun
sewaktu orang yang memasuki syurga itu terpegun dengan keharuman,
keindahan serta berbagai-bagai perkara yang berada didepan matanya lalau
ia jadi kagum. Ia akan terpegun disitu dengan mata terbeliak dan
fikiran terhenti untuk berfikir lalu tercegatlah ia disitu selama empat
puloh (40) tahun lamanya. Empat puloh tahun akhirat bersamaan dengan 120
juta tahun didunia. Setelah genap empat puloh tahun ia tercegat dipintu
syurga maka datanglah Bidadari-bidadari yang telah dikhaskan untuk
menyambut kedatangannya dipintu syurga. Sebaik-baik ia terpandang wajah
Bidadari yang paling depan yang berjalan menghampirinya maka ia akan
jatuh pengsan sebab kecantikan yang teramat sangat sehingga tidak
menduga secantik demikian.
Tetapi
para masyaik juga ada bagitau bahawa kejadian pengsan selama empat puloh
tahun itu hanya akan berlaku kepada orang awam (orang biasa) dan tidak
akan berlaku kepada para Nabi s.a.w. atau Nabi-nabi a.s. serta para
Da'i. Sebaliknya apa yang berlaku ialah ketika para Bidadari terpandang
wajah mereka ini maka para Bidadari itulah yang pengsan kerana melihat
wajah manusia khas ini. Wajah-wajah manusia khas itu telah Allah ta'ala
hiaskan dan indahkan sehingga Bidadari pula yang pengsan. Ringkas cerita
kita harus berusaha untuk menjadi Da'i. Da'i ialah manusia yang bekerja
dalam usaha agama yang mengajak orang lain kepada Allah disamping
menegah manusia melakukan kerosakan atau kebathilan. Siang malam pagi
petang para Da'i melakukan kerja mereka tanpa upah. Mereka melakukan
kerja dakwah tanpa dibayar. Mereka bertebaran dan bermusafir di serata
penjuru dunia dengan perbelanjaan (harta) mereka sendiri mencari manusia
Islam dan bukan Islam untuk mengajak manusia kepada Allah. Biasanya
dimana ada Rumah Allah, disitulah rumah mereka.
Seterusnya
ulamak dan masyaik bagitau pada setiap hari rabu didalam syurga ada
pasar mingguan. Disitu berbagai barang yang belum pernah dilihat ada
dijual. Bawa saja berapa ramai para khadam yang anda mahu untuk membantu
anda membawa barang-barang yang mahu dibeli untuk dibawa pulang. Jual
beli juga tidak perlukan wang atau dirham. Semua main niat dalam hati
dan sang khadam sudah memikul dibahu masing-masing barang-barang yang
anda kehendaki.
Memang
benar didalam syurga tidak ada orang tua, sebab semua manusia dihidupkan
semula dalam keadaan muda yakni sekitar umur tiga puloh tahun (30)
semasa hidup didunia dulu. Setiap kaum lelaki yang memasuki syurga akan
memiliki kekuatan sehingga mencapai kekuatan sepaling rendah kekuatan
empat puloh orang. Dengan kekuatan itu seseorang penghuni syurga akan
bersama dengan Bidadari syurga tanpa rasa penat.
Sampai
bab ini Tok Wan teringat satu soalan dari seorang doktor, soalannya
memang ditujukan kepada Tok Wan. Waktu soalan itu terlontar dari
mulutnya kami ada tiga orang sedang berehat diluar sebuah masjid selepas
solat zohor, dan orang ketiga itu ialah seorang ustaz yang sudah pernah
melakukan khuruj jarak jauh (luar negara selama empat bulan). Soalannya
ialah, 'Betul ker dalam syurga kita akan mendapat sebanyak dua juta
Bidadari? Ada ker hadith yang sebuat macam tu?'. Belum sempat Tok Wan
nak jawab dengan cepat ustaz yang sebelah Tok Wan pun nak menjawab juga,
lalu Tok bagi can sebab dia ustaz. Katanya,'Tentang hadith tu jangan
pertikaikan sangat, apa hadith yang kita baca kita dengar wajib kita
percaya dan jangan ragu-ragu.' Kemudian selesai ustaz memberi jawapan
maka doktor itu memandang Tok Wan pula. Wah... inilah masanya Tok Wan
nak jawab.
'Soalan
tadi betul ker kita boleh dapat dua juta Bidadari kan?', doktor itu
mengangguk. 'Jawapannya walaupun kita hendak tiga juta Bidadari pasti
Allah akan beri sebab dalam syurga apa saja yang klita hendak akan
dapat... so tak payahlah nak kaitkan dengan mana-mana hadith lagi'.
Ustaz itu diam dan doktor itu pun senyum sambil mengangkat sikit kening
matanya.
Penghuni
dalam syurga tidak kencing, tidak berak, tidak berpeluh. Segala makanan
yang lazat-lazat yang dimakan akan bertukar menjadi aroma yang
menyenangkan yang keluar dari tubuh mereka. Tidak ada juga hingus atau
tahi mata. Tidak ada bersin atau batuk dan mereka kekal didalamnya tanpa
hujung.
Cerita
tentang syurga ini kalau mau tulis betul-betul sampai habis kertas
didunia inipun takkan habis. Tapi sebagai menutup tulisan pada kali ini
Tok Wan nak bagitau kepada kaum lelaki yang hisap rokok bahawa dalam
syurga tidak ada orang yang hisap rokok. Sebab dalam syurga tidak ada
api. Kalau nak hisap rokok juga maka penghisap rokok terpaksa turun ke
neraka untuk mendapatkan api.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan