Ahad, 14 Jun 2015

Apakah azam anda untuk Ramadhan kali ini?

Apakah azam anda untuk Ramadhan kali ini?
nasihat ramadhan 




1) Target berapa kali nak khatam quran?

2) Yang baca quran tak lancar dan tersekat-sekat, ada tak plan untuk belajar sungguh-sungguh Alquran sehingga lancar? Dah berapa tahun hidup, tapi masih belum lancar bacaan alquran. Kena target ramadhan ni perubahan.

3) Ada tak target supaya kita istiqomah tahajud setiap hari sepanjang ramadhan?

4) Ada target untuk menangis ketika berdoa, dan nangis baca quran, atau nangis tika bertaubat? Dah lama tak menangis. Asyik nangis tengok drama korea je. Target ramadhan ni, kita dapat menangis ingat Allah, rindu Allah!

5) Ada tak target untuk sedeqah? Berapa banyak nak sedeqah sepanjang ramadhan? RM 10, RM 100, RM1000, RM10,000?


6) Ada tak target untuk usaha meninggalkan maksiat? Kalau yang ketagih video lucah, ada target tak untuk usaha gila-gila tinggalkan benda tu? Yang ketagih tengok drama cintan cintu korea jepun melayu hindustan bangla, ada azam tu untuk tinggalkan benda mengarut dan merosakkan hati tu? Yang merokok, ada plan tak untuk tinggalkan?

7) Ada tak target untuk kuasai ilmu dengan banyakkan membaca? Apa buku yang kita target nak baca ramadhan ni? Buku SIRAH nabi, buku DAKWAH dan TARBIAH, buku-buku ilmiah, fiqh dan sebagainya. Buku Tarbiah Sentap, Momento, Bedtime Stories Sentap (sempat promote. Huhuhu), atau buku-buku yang membangkitkan kefahaman kita tentang islam? Asyik baca novel cinta je sampai bila? Kena move on.

8) Ada tak plan untuk taubat pada Allah? Dah berapa lama tak solat taubat? Ada tak target nak mintak maaf kat Allah dengan taubat yang jujur dan ikhlas, bukan pura-pura dan palsu?

9) Ada tak target untuk iktikaf kat masjid, buru pahala, kejar malam lailatul qadar, dan sebagainya?
Dan yang terakhir…

10) Anda plan nak jadi baik dan berubah time ramadhan sahaja, atau nak berubah jadi baik seumur hidup?
Ingat….

Tuhan kita adalah Allah. Bukan Ramadhan.

Orang yang bertuhankan ramadhan, dia hanya baik time ramadhan. Tapi orang yang bertuhankan Allah, dia akan baik sampai mati.

“Celakalah, mereka yang bila tamat ramadhan, dia tidak di ampuni…” (mafhum hadith)

Na’uzubillah.

Salam ramadhan dari kami!
Kredit : TARBIAH SENTAP
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...