Cukup sukar untuk lelaki fahami kehendak sebenar seorang wanita tetapi
sebenarnya ada beberapa tip mudah untuk anda elak daripada 'meragut'
emosi wanita tersayang setiap hari...
1. Lupa tarikh penting
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab
tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak,
hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak
meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu
mengingati momen terindah.
Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di
telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di
kalendar.
2. Berkira duit
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang
terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu
berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan
hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan
bertambah sayang.
3. Balik lambat
Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang
diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak
keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap
sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi
jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan
balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal
tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. Bohong dan alasan
Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi
sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan
ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda.
Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa dengar bebelan
perempuan. Perlu anda tahu, wanita bebel adalah sebab prihatin dan
sayang!
5. Abai nafkah
Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan
nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi
bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa, ya. Rujuk
sini:
SOAL WAJIB MEMBERI NAFKAH
Kewajiban menafkahi sebab pernikahan
Seorang laki- laki jika menikahi seorang wanita, maka wajib baginya memberinya nafkah, hal ini didasari oleh beberapa hal:
- Allah berfirman:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
‘’Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang ma’ruf.’’ (QS.Al-Baqarah 228)
Ibnu Katsir berkata,’’maksudnya, para isteri mempunyai hak diberi
nafkah oleh suaminya yang seimbang dengan hak suami yang diberikan oleh
isterinya, maka hendaklah masing- masing menunaikan kewajibannya dengan
cara yang makruf, dan hal itu mencakup kewajiban suami memberi nafkah
isterinya, sebagaimana hak- hak lainnya .’’ (Tafsir al-Qur’anil Adhim
1/272)
- Rasulullah bersabda;
وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
‘’Dan mereka (para istri) mempunyai hak diberi rizki dan pakaian
(nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).’’ (HR.
Muslim 2137).
- Para ulama bersepakat atas kewajiban seorang suami memberi nafkah
istrinya, seperti yang dikatakan oleh Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm, Ibnu
Qudamah dan lainnya.
Catatan: Tidak menjadi suatu kewajiban seorang suami, jika sang isteri
menolak, atau keluarga wanita tersebut menghalangi sang suami untuk
mendekati dan berhubungan dengan istrinya, hal itu lantaran kewajiban
suami memberi nafkah sebagai timbal- balik dari manfaat yang diberikan
sang isteri
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan