Pokok seralat atau mentega ini semakin sukar ditemui mungkin kerana buahnya kurang digemari. Saiz buahnya yang hampir sebesar kepal tangan manusia normal itu berwarna hijau keperangan semasa ianya muda dan bertukar kemerahan bila hampir matang atau masak.
Kulit buahnya mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu miang batang buluh itu – agak menyakitkan jika terkena kulit badan kita. Oleh itu amat elok kita menggunakan sarung tangan apabila memegang buah mentega ini.

Sebelum mengupas kulit buahnya, elok digosokkan kulit buah itu kepada sabut kelapa atau kain lusuh untuk menghilangkan bulu-bulu halus umpama baldu di sekeliling buahnya. Setelah kulitnya bersih dari bulu yang miang itu, elok juga buah tersebut dibasuh dengan air bersih supaya buah mentega kita lebih sesuai untuk dimakan. Selepas itu barulah dikupas kulitnya.

Apabila cukup masak, biasanya buah mentega ini akan gugur sendiri ke tanah. Rasa buahnya yang sudah cukup masak tidaklah berapa manis tetapi agak lemak - hampir sama seperti timun betik atau timun suri. Mungkin kerana itu ianya dinamakan buah mentega. Baunya agak wangi dan sesuai untuk dimakan bersama ice cream.
idristalu.
salam.... maaf yer... sy nak buah mentega ni boleh tak?
BalasPadamkat mana ada jual pokok buah ni...dlu masa kecik2 ade kat umah atok..last2 kene tebang sbb nak naikkan rumah sbb pokoknya sangat besar dan tinggi..saya menggemarinya tapi sayang sudah lama mencari tapi masih tak jumpa benihnya.
BalasPadamRumah mak kat Bagan Serai ada.
BalasPadamHisham ~ pm private alamat umh mak udeq05@yahoo.com
Padamutm banyak juga buah nii..0137230989
BalasPadamutm banyak juga buah nii..0137230989
BalasPadam