Selasa, 19 Jun 2012

10 Penyakit Popular Wanita Yang Kurang Diketahui Umum


WANITA PERLU MENJAGA BADAN DAN FIKIRAN SUPAYA SELALU AKTIF...
 
Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas, walaupun usia telah meningkat ,adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Bagaimanapun ramai wanita sering mengabaikan kesihatan diri sendiri kerana terlalu menumpukan kepada kerja, pasangan dan anak-anak-anak. Amat menyedihkan apabila penyakit yang di hidapi dikesan terlalu lambat dan rawatan agak sukar untuk memulihkan keadaan seperti dulu.








Dewasa ini, golongan wanita dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser. Selain itu , terdapat penyakit-penyakit lain yang 'kurang popular' namun tetap memberi kesan besar ke atas kesihatan wanita.


1. Meroyan @ kemurungan (depression)

Dalam budaya kita, wanita dalam pantang perlu diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga. Ini adalah budaya yang baik kerana dapat mengurangkanrisiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin.

Kemurungan juga boleh berlakuapabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat. Ia adalah masalah serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri.


2. Kekenduran rahim (Prolapse)

Kekenduran rahim ialah satu keadaan iaitu rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar daripada saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat daripada kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.


3. Urat kaki bersimpul @ vena varikos

Masalah urat kaki bersimpul boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama pada betis dan buku lali. Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkali ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.


4. Masalah keputihan & jangkitan kuman

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan dalam kalangan wanita.Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman seperto sifilis dan gonorrhea iaitu penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita kemungkinan mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan .


5. Sakit puan

Pelbagai jenis penyakit ginekologi atau sakit puan kini menjadi masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hayat wanita di negara kita yang sekarang ini semakin meningkat. Dua jenis kanser yang sering menimpa wanita ialah kanser pangkal rahim dan kanser payudara. Bahagian lain yang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim dan ovari.


6. Tiroid

Tiroid ialah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga berbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroidlebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki . Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.


7. Sakit jantung

Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung ialah mereka yang mengalami menopaus, peningkatan umur, sejarah keluarga, merokok, kandungan kolesterol yang tinggi dan kurang aktiviti fizikal .Bagi menjaga kesihatan jantung , wanita perlu mengurangkan atau menjauhi asap rokok , menjaga berat badan, bersenam, berdiet dan merawat atau kawal aras gula dalam darah , kolesterol dan tekanan darah
.

8. Strok

Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab strok yang paliung umum. Faktor penyumbang lain termasuk juga makanan ringan, kurang bersenam, tekanan kerja yang berlebihan dan tidak mengawal diet. Untuk langkah penyembuhan adalah dengan mengawal diet dan bersenam. Cara ini dapat t membantu seseorang mengawal penyakit itu .Pemeriksaan rutin juga mesti dilakukan.


9. Gangguan ghairah seksual wanita

Jika selama ini orang sering memperkatakan dan membincangkan tentang masalah seksual dalam kalangan lelaki. Ramai wanita menderita dalam diam, ditambah pula rasa malu yangmenebal untuk berkongsi dengan orang lain. Maslah seksual di kalangan wanita berbeza dengan apa yang dialami oleh lelaki dan ia dipastikan dengan lebih jelas apabila ia terjadi.


10. Berat badan

Lemak tidak dapat dibakar dengan lebih cepat seperti dahulu. Setelah menopaus , wanita lebih cenderung mengalami masalah berat badan kerana perubahan hormon seperti kekurangan hormon estrogen.Tidak kira wanita itu sudah berkahwin atau tidak berkahwin, ia bukan soalnya kerana kunci untuk memiliki tubuh ideal ialah dengan diet dan senaman.
MAJALAH MIDI

1 ulasan:

  1. Wahai wanita...sila ambil perhatiann utk penyakit2 di atas

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...