Ahad, 17 Jun 2012

Lantikan PPPLD (Ijazah Program PJJ) ke DG41 ditangguh lagi

PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010

Sumber berikut dipetik dari Portal Rasmi SPP:
Suruhanjaya dalam mesyuaratnya pada 28 Mei 2012 telah bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2010 yang bertajuk “Tarikh Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Yang Lulus Ijazah Sarjana Muda Melalui Program Pengajian Jarak Jauh” . Penggantungan pelaksanaan pekeliling ini adalah disebabkan masalah ketiadaan kekosongan jawatan bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta sehingga isu kekosongan jawatan berkenaan dapat ditangani.
Muat naik pada 15 Jun 2012
OPEN : Berita yang sungguh mengecewakan............. tunggu punya tunggu ni yang diwar-warkan oleh spp. apalah nasib kami ni... dah hampir setahun lulus temuduga tu.Harap Kesatuan Guru ambillah tindakan... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...