Kekuatiran pemerintahan sekuler Tajikistan terhadap perkembangan syiar Islam di bekas negara pecahan Uni Soviet itu kian nyata. Khamis kelmarin, parlimen Tajikistan telah sepakat untuk mengesahkan Undang-undang Tanggung Jawab Orang Tua.
Bila undang-undang itu disahkan, secara automatik mereka yang di bawah usia 18 tahun di larang untuk mengunjungi masjid dan mewajibkan mereka untuk belajar di sekolah-sekolah pemerintah yang umumnya sekular. Pemberlakukan Undang-undang tersebut hanya perlu tandatangan Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon.
“Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kepentingan generasi mendatang Tajikistan,” kata ketua majlis tinggi parlimen, Makhmadsaid Ubaydullayev, seperti dikutip AFP, Jum’at (22/7).
Sebelumnya, pemerintah Tajikistan berdalih Undang-undang Tanggung Jawab Orang Tua merupakan keperluan mendesak yang perlu dipenuhi. Sebab, ada semacam kekuaatiran bahawa perkembangan aktivitis keagamaan, utamanya perkembangan syiar Islam akan berisiko menyebabkan penyebabaran ajaran fundamentalisme.
“Ini adalah hari yang kelam bagi umat Islam. Bahkan pada masa Uni Soviet, undang-undang yang mengarah pada penganiayaan agama tidak ada,” papar Ulama Muslim terkemuka Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar, yang juga merupakan bekas wakil perdana menteri.
Dikatakan Akbar, kekhawatiran pemerintah tidak beralasan. Bahkan ia menyindir pemerintah perlu mempertanyakan keimanan mereka.. “Negara seolah tidak berkenan masyarakatnya beriman,” kritik dia.
Seperti diberikan sebelumnya, kebangkitan Islam di negeri yang berlokasi di Asia Tengah itu begitu pesat. Keadaan itu tidak terlepas dari bubarnya Uni Soviet. Namun, pemerintahan Tajikistan yang berhaluan sekular menganggap aktiviti keagamaan, utamanya syiar Islam, berisiko menyebabkan peningkatan aktiviti radikalisme di negara itu.
kecikbeso
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan