Khamis, 21 Jun 2012

Mimpi Buat Aeril Zafrel Berhijrah

Mimpi Buat Aeril Zafrel Berhijrah
Tidak mahu tersasar jauh, pelakon, Aeril Zafrel akui dia kini dalam proses serta usaha membersihkan hati serta mendalami ilmu agama.

Bukan kerana paksaan tetapi Aeril Zafel berkata, keputusan itu dibuat selepas mimpi malamnya sering didatangi oleh arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali didatangi oleh arwah ibu saya dalam mimpi.






"Dalam mimpi itu, dia sering menegur kelakukan saya yang banyak membuat silap supaya tidak terus hanyut.

"Saya pun sedar jika saya tidak berubah dari sekarang, mungkin saya akan lebih tersasar jauh.

"Jadi kini saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendoakan yang terbaik buat arwah supaya kuburnya tidak akan gelap dan sempit.

"Namun penghijrahan saya bukan sahaja kerana mimpi itu tetapi kerana keinsfan diri saya yang mengenangkan atas kesilapan yang lalu," katanya yang ditemui ketika tayangan perdana filem HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang), kelmarin.

Sudah tiga bulan Aeril Zafrel mempelajari dan menghadiri kelas agama di beberapa tempat pusat pembelajaran agama di dalam Malaysia.

Bercakap mengenai batas yang akan perlu dijaganya selepas membuat keputusan berhijrah, Aeril Zafrel memberitahu HACKS merupakan filem terakhir dia menampakkan separuh anggota badannya.

"Saya dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak akan membuka baju untuk ditayangkan kepada umum.

"Jadi saya membuat keputusan untuk tidak akan menaangkan badan saya lagi selepas ini," jelasnya.

Namun, Aeril Zafrel berkata dia masih lagi boleh terima jika perlu bersentuhan dengan bukan muhrim kerana tidak mahu terlalu drastik menunjukan penghijrahnnya.

"Saya akui banyak lagi kesilapan yang perlu saya perbaiki dan ramai yang sudah mengenali siapa saya sebenarnya dahulu.

"Jadi saya tidak mahu nampak terlalu poyo apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.

"Biarlah ianya berlaku secara perlahan kerana saya juga perlu memenuhi beberapa tuntutan kerja sebagai seorang pelakon," luahnya lagi.

Aeril yang bakal muncul dengan filem HACKS mulai 21 Jun ini telah digandingkan bersama pelakon, Nuremy Ramli.

Filem terbitan Metrowealth (MIG) dan menerima garapan daripada pengarah Ahmad Rusli Khadri atau Ollynn itu secara ringkas mengisahkan mengenai seorang wanita yang tidak mempercayai cinta kerana sering dikecewakan oleh lelaki.

Namun cinta yang wujud diantara sahabat sehidup semati terpaksa dipendam dek kerana menyangka sahabat baiknya itu homoseksual.

Bagaimanakah kesudahan cinta plantonik mereka? Saksikan kesudahannya dalam HACKS yang akan mula ditanyangkan pada 21 Jun ini.
murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...