Ahad, 17 Jun 2012

Kenali - Buah Ajaib @ Buah Seribu Manis (Miracle Fruit)

Ini adalah Buah Ajaib atau juga dikenali oleh sebahagian orang kita sebagai Buah Seribu Manis. Di dalam bahasa inggerisnya ia disebut sebagai Miracle Berry atau Miracle Fruit. Dalam bahasa sainsnya pula ia dipanggil sebagai  Synsepalum dulcucum . Pohon ini berasal dari negara Afrika.


 
 
 
 
 
 
 
 

Apa ajaibnya buah ini ? Ajaibnya adalah kerana setelah "Buah Ajaib ini kita makan, beberapa saat kemudian apa-apa makanan masam / pahit yang kita makan terasa manis .. . ajaib bukan .. ?

 
Gambar hanya untuk ilustrasi

Mengapa begitu? Ya kerana pada Buah Ajaib ini (miracle fruit / Miracle berry/Synsepalum Dulcificum) ini terdapat sebatian protein yang disebut sebagai Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pada lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi manis. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dari makanan, persepsi rasa manis hanya berlaku antara 30 minit hingga 2 jam bergantung kepada berapa banyak kita makan buahnya 
 
 
Gambar hanya untuk ilustrasi

Buah ini bukan tumbuhan asli negara kita akan tetapi dari Afrika barat. Ia ditemui oleh seorang yang berbangsa perancis bernama Reynaud Des Marchais. Keajaiban buah ini telahpun mendapat perhatian ramai saintis dunia dan kini telah banyak saintis menghasilkan Journal-journal ilmiah kerana keajaibannya mengubah rasa seperti contohnya Dr. WF Daniell yang telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Miraculous Berry" pada Pharmaceutical Journal, Vol. Xl.


Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..
  • Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula. kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman.
  • Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. Karena sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran. Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran diperolehi disamping rasa enak yang dirasai. Hebat bukan.
  • Pesakit Kanser. Pesakit Kanser yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang enak & menakjubkan.
 
Gambar hanya untuk ilustrasi

Salam. 
seribumanis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...