Selasa, 21 Mei 2013

Serius Cool - MLX01-1 : Keretapi Terpantas Dunia

Vroom!

Keretapi Magnetic Levitation (apungan magnetik) ialah teknologi yang sudah wujud sejak penghujung 60an. Jepun sudah menjalankan eksperimen mengasilkan keretapai Maglev secara aktif sejak 1968. Setakat ini mereka sudah menghasilkan 12 keretapi MagLev yang setiap satunya memberikan pembaharuan teknologi dan medekatkan kebarangkalian keretapi MagLev sebagai pengangkutan awam menjadi realiti. MLX01-1 yang dibina oleh Central Japan Railway Company dan Railway Technical Research Institute ialah pemegang rekod keretapi terpantas dunia dengan kejuan 581 kilometer sejam

Rekod ini dicatatkan pada tahun 2003. Kejayaan MLX01-1 mengesyorkan kerajaan Jepun bahawa teknologi MagLev akhirnya sudah cukup matang dan selamat untuk digunakan secara meluas. Sekarang 14 gerabak keretapi MagLev L0 Series Shinkansen sedang dibina Mitsubishi Heavy Industries bagi kegunaan laluan Chūō Shinkansen yang bakal menyambungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka. L0 Series Shinkansen akan berfungsi pada kelajuan 500 kilometer sejam! Jepun memang padu!






 

 
 
 
 
 
 
 
 

Laporan asal Wikipedia/blog serius blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...