Isnin, 15 Julai 2013

Resepi : TOMYAM AYAM ... sangat simple!

Yang mak aku ajar nie, very the simple one ok, sonang sesangat! Anak-anak buah aku kalau buat masak tomyam ayam nie, sure laju je makan nasi. Siap bertambah. Janji jangan pedas terlampau. Kena sesuaikan dengan tekak kanak-kanak jua! Okehlah, aku nak share resepi tomyam ayam paling simple untuk adik-adik. Sesimple abc kot!

Peberet satu keluarga nie ar!














RESEPI : TOMYAM AYAM
SUMBER : BONDA CIK KAMOO

Bahan-bahan;



  • Ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
  • 1 batang carrot dipotong bulat (nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar
  • 1 kiub perencah tomyam Knorr
  • 2 biji limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang selesa pada lidah)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji cili api - ketuk
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih untuk menumis (mayang halus)
  • 1 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah dan bawang putih, goreng hingga bawang layu;
  • Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak;
  • Masukkan serai dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak;
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kiub tomyam knorr dan perahkan limau serta cili api;
  • Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) dan bawang besar;
  • Masukkan daun limau purut serta garam dan serbuk perasa; dan
  • Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.




Haaa, senangkan? Aku tak reti nak masak susah-susah nie. Cukup yang simple-simple je. Boleh share dengan adik-adik untuk depa plak try masak. Adik-adik ku sayang yang baca blog ahkak nie, try le masak! Aku suka tomyam yang kuah dia tak pekat sangat dan tak pedas sangat. But, masam mesti lebih. Barulah boleh tonggeng mangkuk untuk hirup! Uh ... nikmatnya!



Kalau tak nak makan tomyam nie dengan nasi, boleh tukar makan dengan bihun, mee or kuewteow! Sama je .. kenyang jugak nanti!



Okehlah, cau cin cau dulu ya! Adik-adik sayang jangan lupa cuba hokeh!
 http://www.rempitkehidupan.my



9 ulasan:

  1. nampak sedap...simple n senang..thanks share resepi... ;)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Emmm...sedappnyaa..memikat selera..

    BalasPadam
  4. Alhamudulliah.. berjaya buat tokyam ni . Thanks sbb kongsi resepi ni..

    BalasPadam
  5. thanks 4 info...x penah masak tomyam...hehe...baru nk try...

    BalasPadam
  6. thanks 4 info...x penah masak tomyam...hehe...baru nk try...

    BalasPadam
  7. best of the indian satta website for making the reall money this games is plays on the jodi and haruf when your no. come you can collect your money by click this website play bazaar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...