Semuanya akan kita kaitkan dengan rasa CINTA. Jika cinta yang diluahkan itu memang benar-benar dari hati, ia bermakna CINTA itu
adalah tulus dan ikhlas. Di sini berlakunya penerimaan seadanya
terhadap pasangan dari sudut perangainya, sifatnya malah fizikalnya.
Jika anda mempunyai
pasangan yang agak gemuk, atau pasangan yang kurus, namun disebabkan
cintanya anda terhadap dia, anda mungkin tidak akan pandang pada paras
rupanya yang berisi itu. Adapun kalau hendak diikutkan, tidak menjadi
sebarang masalah memiliki pasangan yang gemuk. Cuma persepsi masyarakat
sekarang yang suka berpandangan negatif dan terlalu mementingkan paras
rupa. Asal hatinya baik dan beriman, baik juga akhlak dan tingkah laku
seseorang itu, ianya adalah cukup untuk dia membahagiakan pasangannya.
Penerimaan juga boleh
dilakukan terhadap perangai dan tingkah laku pasangan. Cubalah menerima
perangai pasangan anda. Contoh perangai suka bermanja, bersikap
keanak-anakkan, suka merajuk, suka berleter, ada ego tersendiri.
Perangai-perangai ini tidaklah begitu teruk, dan ianya adalah satu
rencah dalam rumah tangga yang jika kadang-kadang dapat bertolak ansur
kerana ianya tidak salah dan hanya untuk menerima cara pasangan anda.
Bagaimanapun, penerimaan
seadanya hendaklah dilakukan dengan keadaan yang betul, dan bukan untuk
semua perkara. Ada perkara contoh yang melibatkan hukum agama, yang
ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Dalam hal ini, jika pasangan
melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, anda perlu menegahnya
dan tidak boleh hanya menerima. Contoh jika si isteri tidak memakai
tudung, si suami WAJIB menyuruh
si isteri untuk memakai tudung, dan tidak boleh untuk terus menerima
cara isterinya itu, kerana kewajipan untuk menutup aurat.
Cubalah mengerti dan memahami pasangan
anda. Tidak salah untuk berbuat demikian kerana dia adalah peneman hidup
anda, segala-gala yang akan anda tempuhi adalah bersamanya, dan jika
anda menerima dia seadanya, nescaya hidup anda bersama insyaAllah akan
terus bahagia. Kerana ini bukan kisah tentang cinta sahaja, tetapi
ianya kisah tentang kehidupan.
*Terimalah pasangan anda seadanya.. Saat
Lafaz aku terima nikahnya, itulah saat segala-gala tentang hidup
pasangan anda, akan turut menjadi segala-gala tentang anda.. PC
pakar cinta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan