Khamis, 2 Jun 2016

Resepi - Kerabu Peria Dan Daging Bakar

Jika mahukan rasa kerabu lebih sedap, racik halus cili padi dan campurkan bersama ke dalam hidangan ini.

kerabu peria 
 

BAHAN-BAHAN:
1 biji peria | buang biji dan dihiris nipis
100gm daging batang pinang | dibersihkan dan hiris nipis
3 sudu makan kelapa parut
1 biji bawang besar | hiris
Gula dan garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu cuka
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama ketumbar, gula, garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Panaskan air di dalam periuk dan peria dicelur sebentar. Ketepikan.
3. Daging dihiris nipis dan dibakar di atas dan ketepikan.
4. Di dalam satu mangkuk, satukan kelapa parut, hirisan bawang, gula dan garam secukup rasa. Masukkan peria dan daging, gaul sebati. Tambahkan satu sudu cuka. Gaul sebati.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...