Jumaat, 26 Julai 2013

Skuter Mesra Alam Yang Sangat Cool



Sebelum ini saya pernah paparkan tentang skuter elektrik dengan rekaan unik boleh dilipat menjadi beg. Kali ini saya ingin paparkan mengenai skuter elektrik juga cuma yang ini rekaannya lebih cool dan menarik. Direka oleh Waarmakers, skuter elektrik yang diberi nama "Be.e" ini dikatakan antara skuter paling mampan di dunia.

Skuter elektrik dengan rekaan yang sangat menarik ini dibina sepenuhnya menggunakan bahan bio-komposit. Bahagian badannya diperbuat daripada flax dan bio-resin, manakala reka bentuknya yang seakan-akan bujur telur dan tidak menggunakan apa-apa kerangka ini membuatkannya lebih ringan dan teguh. Dikuasakan sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik, skuter ini tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, seolah-olah seperti anda sedang mengayuh basikal.

 


skuter elektrik mesra alam

man rides electric scooter

sesi pelancaran skuter elektrik


bahagian badan skuter elektrik

sumber dari Yanko Design/KFEIN BLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...