Isnin, 29 Julai 2013

Pengasas Arab-Malaysian Bank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah

 GAMBAR: Pengasas Ambank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah
Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Menurut portal The Malaysian Insider, beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian.




Kejadian berlaku kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera dikejarkan ke hospital.

Difahamkan mangsa lelaki maut setelah ditembak di kepala manakala mangsa wanita terkena tembakan di kaki.

Menurut seorang saksi yang berada di kawasan sekitar tempat kejadian, beliau terdengar bunyi letupan sebanyak tiga das dipercayai tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa.

Ketika kejadian, pasangan terbabit dikatakan baru turun dari kereta dipandu pemandu mereka.

Kemudian datang seorang lelaki yang menaiki teksi sebagai penumpang, terus masuk ke dalam kawasan parkir lantas menembak kedua-dua mangsa. -

tembakan 

hype-bukit-bintang1 
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...