Rabu, 3 Julai 2013

Sushi Unik Berbentuk Kereta Kebal


Bagi sesetengah orang terutamanya peminat sushi, ini mungkin kereta kebal paling sedap pernah dihasilkan. Sushi unik berbentuk kereta kebal ini dihasilkan oleh sebuah restoran di Jepun bernama Kurisakiya.

Ianya dihasilkan bersempena mengingati sebuah anime dari Jepun bertajuk Girls und Panzer yang latar ceritanya mengambil tempat bernama pekan Oarai di Ibaraki, yang juga tempat restoran ini beroperasi. Selain itu, hidangan sushi unik ini juga diharapkan dapat menarik pelancong di sana kerana kebanyakan peminat anime gemar melawat lokasi yang dipaparkan di dalam anime kegemaran mereka.
 
 

Ianya memang kreatif, tapi tahu pula adakah rasanya juga sekreatif rupanya. Agaknya ada tak sesiapa yang mampu makan sushi kereta kebal ni dengan sekali ngap?

sushi bentuk kereta kebal

tank sushi

hiasan sushi pelik
sumber dari Kotaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...