INILAH PUNCA BRUNEI TAK MASUK MALAYSIA
Pernahkah anda terfikir mengapa Brunei
tidak bernaung di bawah Malaysia? Jika anda masih ingat dengan sejarah
tingkatan 3 sudah pasti anda tahu jawapan ini.
Mari sama-sama kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei dari bergabung dengan Malaysia.
Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III
dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama
membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan
tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan
pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal
ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.
Namun, Sultan masih tetap dengan
pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa
rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan
Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja
Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan
adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10%
untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan
minyak Brunei.
Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan
Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan
kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas
sebab-sebab tidak bersetuju dengan syarat-syarat di atas.
Hari ini Brunei adalah sebuah negara
yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan
juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ianya sebuah negara yang diiktiraf
bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dengannya, malah diiktiraf
di peringkat antarabangsa.
Hari ini juga rakyat Brunei menikmati
pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah,
pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.
Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei
melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara
terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di
syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri
tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun
jika tidak serius untuk memberikan peluang kepada rakyat tempatan,
syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.
Ini adalah satu amaran keras dan
terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri
Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.
Dalam satu ucapan, bagi memperingati
Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan
Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali
telah berkata kepadanya “Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih
baik untuk kamu”
Sejarah adalah satu perkara yang telah
pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, namun satu soalan
retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei
bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?
Andaian
1. Brunei bukan saja
akan di kenakan cukai untuk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan
pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)
3. Rakyat Brunei akan
membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90
seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan riba.
5. Sindrom ramai orang
luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor
Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari
pemimpin tempatan Brunei. rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat
rendah dengan gaji yang rendah juga.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa membeli kereta Proton dan Perodua.
7. Jalan antara bandar
di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang
berombak-rombak dan berlubang dan kebanyakan di tampal hingga rupanya
macam kek lapis Sarawak.
Lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan
ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada
Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.
Purata peningkatannya adalah 56% bagi
tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana
kekayaan tertinggi negara. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei
berada di kadar 0% daripada KDNK negaranya.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan