Ahad, 25 Mac 2012

Cara Membantu Kanak-Kanak Lambat Bercakap?

Salam dan hai readers,


Kanak-kanak hampir menginjak 2 tahun tapi masih belum dapat menuturkan patah perkataan yang boleh difahami. Bila diluahkan masalah ini kepada orang yang lebih tua dari kita macam mak ke abah kita ke mesti jawapan mereka camni..’Kalau si kecik tu dah pandai bercakap esok, mesti kamu tak terlayan cakap mereka nanti’. Adoi, pening kan~

Indahnya Perkataan Pertama si Kecil

Perkataan pertama yang dituturkan oleh bayi sering menjadi kenangan indah buat ibubapa. Good job baby, now you can talk. Alhamdulillah. Tetapi, bila anak-anak kita ketinggalan dalam kebolehan mereka untuk bercakap dengan baik pastinya membimbangkan kita sebagai ibubapa. Macam-macam teknik Azu cuba pada Aijaz. Contohnya, selalu berbual dengan dia, bacakan buku untuknya, sering menunjukkan dan menyebut pokok, kereta di sepanjang perjalanan dalam kereta. Walaupun ucapannya tak sama dari mulutnya, namun masih terdengar aaa, ataupun hujung perkataan macam kok, dah. Itu cukup membuat Azu teruja~hee

Kesesuaian dan Cara Tersendiri

Namun, satu artikel yang Azu baca ini memang membuatkan Azu lega. Kebanyakan kanak-kanak membangunkan bahasa mengikut kesesuaian dan cara mereka sendiri, kata Diane Paul-Brown, PhD, Pengarah Isu Klinikal di American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). “Sesetengah kanak-kanak juga membangunkan bahasa pada kadar yang lebih cepat daripada yang lain.

Pencapaian Ucapan/ Bahasa Kanak-kanak

Tahukah anda? Kira-kira 15%-25% daripada kanak-kanak kecil mempunyai beberapa jenis gangguan komunikasi. Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membangunkan kemahiran bahasa yang SEDIKIT LEWAT berbanding dengan kanak-kanak perempuan. 

Secara umumnya, anak-anak boleh dilabelkan sebagai “kanak-kanak lewat bercakap” jika mereka bercakap kurang daripada 10 perkataan pada usia 18 hingga 20 bulan atau kurang daripada 50 patah perkataan pada usia 21 hingga umur 30 bulan.

Kebanyakan pakar juga mengatakan bahawa pada usia 12 bulan atau setahun, kanak-kanak boleh menuturkan perkataan tunggal dan mungkin boleh memanggil “mama” dan “dada”. Mereka juga berupaya memahami dan mematuhi permintaan mudah (Contohnya: “Berikan saya mainan itu”.)

Faktor-Faktor Lambat Bercakap


Jangkitan telinga yang kronik dan boleh menjejaskan pendengaran juga sering dikaitkan dengan ‘lambat bercakap’. Oleh kerana ramai kanak-kanak banyak menghabiskan masa di pusat penjagaan , mereka akan lebih terdedah dengan penyakit rakan sepermainannya yang boleh membawa kepada masalah telinga, kata pakar pediatric di New York City dan juga pengarang buku The Late Talker: What to Do If Your Child Isn't Talking Yet.

Petunjuk Yang Boleh Menimbulkan Kebimbangan

Kebanyakan bayi suka mengagah semua bunyi konsonen dalam tahun pertama. Bayi seharusnya bermula untuk meniru bunyi yang dituturkan oleh ibubapa seperti ‘mama’ atau ‘dada’ dan jika bayi tidak meniru, itu merupakan satu amaran.

Lega juga bila menurut kajian, anak-anak selalunya memang sukar menuturkan bunyi “l”, “r” dan “s”. Keupayaan tersebut akan dibangunkan dengan masa, walaupun sehingga umur 7 tahun pada sesetengah kanak-kanak, kata Debora Downey, MS, Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center untuk Ketidakupayaan dan Pembangunan.

Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

  • Bercakap dengan bayi dan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
  • Bila bercakap dengan anak-anak, biasakan perkataan yang mudah, ringkas diucap dan difahami serta mengelakkan perkataan kompleks atau terlampau panjang.
  • Bayi anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
  • Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi.

P/s: Teringat masa Aijaz bayi dulu, Azu kerap bacakan buku untuknya tapi sekarang kadang-kadang je. Nampaknya kami kena bersungguh-sungguh lepas ini untuk galakkan Aijaz bercakap supaya ummie dan babah Aijaz mudah faham. Harap berkesankan~Kalau ada cadangan dan pengalaman dari ibubapa yang lain untuk menggalakkan anak-anak bercakap, sudi-sudilah berkongsi dengan Azu ye.tq~

Setakat ini dulu ye kawan-kawan pembaca, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga.
bambam2u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...