Sabtu, 31 Mac 2012

Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam.


Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Respon Anda?
Bermula sekitar 8 malam tadi, beberapa kandungan di laman web JPA berkenaan dengan SSM telah mula kelihatan dan sekitar seawal pukul 11 malam pula, pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012 telah mula dimuat naik dan kelihatan di laman JPA. Ya…seperti yang dijanjikan. Penantikan dan kesabaran kakitangan awam sebelum ini dilihat berbaloi….


Pengiraan Pemindahan Gaji

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengira berapa gaji baru SSM 2012 anda berdasarkan peratusan kenaikan gaji untuk 13% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Caranya :
  1. Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda
  2. Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012
  3. Tahniah kami ucapkan

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) – SSM

  • KGT SSM baru sama macam seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan
  • Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.
  • Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)
  • Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41, sebagai contoh daripada kami.
  • Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :
  • RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat bulan 7
Kenaikan gaji SSM 2012 Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Respon Anda?

Pengiraan Gaji SSM Baru 2012 :

Anda boleh mula mengira gaji masing-masing bersama-sama rakan-rakan pembaca Berita Semasa yang lain di sini. Mungkin anda boleh kongsikan anda daripada gred mana, dan disertakan juga contoh pengiraan di sini….
  • Dapat kenaikan gaji baru SSM itu sebanyak 13%, kemudian anda akan dapat tunggakan sebanyak tunggakan 13%
  • Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)
  • Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda
  • Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi => RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru  SSM 2012 + RM225 KGT)

Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam :

  • COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA
  • gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM

Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM 2012)

Untuk mendapatkan pekeliling kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :
Diharap juga selepas ini, skuad-skuad “pemantau harga barang” mempergiatkan operasi bagi mengelakkan manipulasi dan gelombang kenaikan harga barang dikalangan peniaga. Supaya dilihat kenaikan gaji kakitangan awam kali ini “lebih berbaloi” dan dalam pada masa yang sama tidak memberikan kesan besar kepada kelompok bawahan daripada sektor swast
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...