Jumaat, 30 Mac 2012

Penganggur Di Arab Saudi Di Bayar Gaji RM1600 Sebulan



Pemerintah Arab Saudi mula beri faedah baru bagi lebih daripada satu juta warganya yang menganggur di negeri yang kaya minyak itu. Besarnya faedah bulan ini meningkat 40 peratus daripada bulan sebelumnya, dan jauh lebih besar dari saat pertama kali diberikan akhir tahun lalu.

Melalui program "Hafiz," Kerajaan Saudi memberi subsidi 2000 riyal atau sekitar Rm1600per bulan selama lebih dari satu tahun kepada para penganggur. Pemberian faedah baru ini diumumkan Raja Abdullah pada Rabu, 28 Mac 2012.




"Jumlah faedah bulan ini meningkat 40 peratus dari bulan lalu, dan sekitar 170 peratus dari Disember tahun lalu, ketika program pertama kali bermula," kata kakitangan Kementerian Tenaga Kerja Saudi, Khaledd al-Ajmi, seperti dilansir pejabat berita Reuters.

Lebih dari 80 peratus penerima faedah pengangguran adalah wanita. Ini membuktikan usaha kerajaan Saudi untuk mencipta pekerjaan bagi kaum Hawa, walaupun mendapat penentangan dari kaum Ulama.

Kadar pengangguran di Saudi sekitar 10,5 peratus daripada 18 juta jumlah penduduk. Data Kementerian Tenaga Kerja menunjukkan, para pengangguran merugikan Saudi kira-kira 5.5 bilion riyal setiap tahun.

Sekitar 90 peratus warga Saudi bekerja di pejabat kerajaan. Sementara itu, sebanyak 90 peratus lapangan kerja di sektor swasta diisi oleh pekerja asing yang jumlahnya mencapai lapan juta orang.
Menurut Menteri Tenaga Kerja Adel al-Fakeih, kerajaan perlu mencipta tiga juta pekerjaan bagi warga Saudi pada 2015 dan 6 juta pada 2030. Untuk itu, kerajaan melaksanakan sistem kuota pegawai pada syarikat swasta, dengan perbandingan yang seri antara pekerja asing dan pribumi.

Walaupun jumlah pengangguran besar, namun ekonomi Saudi meningkat 6.8 peratus tahun lalu. Kemajuan ini berkat kemasukan di sektor perminyakan.


OPEN : Ni baru dikatakan rakyat didahului. ............oleh pemerintah.
tabekpuang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...