ALOR SETAR, 19 Februari 2012 – Pekan Rabu yang dulunya suram pada waktu malam, tidak lama lagi akan menjadi tempat tumpuan pelancong dan orang ramai untuk membeli belah apabila kerajaan negeri mengadakan Bazar Sinar Sejahtera pada setiap hujung minggu.
Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, tujuan diadakan bazar tersebut adalah untuk menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai bandar bercahaya dan sebagai pusat tumpuan pelancong kerana terdapat banyak hotel di sekitar kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian semasa bercakap di pelancaran Bazar Sinar Sejahtera di Pekan Rabu.
“Pelancong-pelancong yang menginap di hotel berhampiran boleh turun ke bazar tersebut untuk berjalan-jalan sambil membeli belah.
“Selain itu, ianya berbeza dengan bazar-bazar lain kerana ianya bermatlamat untuk membangunkan usahawan-usahawan di negeri Kedah, samada yang masih baru ataupun sudah lama,” ujarnya.
Tambahnya lagi, manakala kelebihan kepada peniaga pula adalah pihaknya hanya mengecas sebanyak RM5 untuk satu malam. Bermakna mereka hanya perlu membayar sebanyak RM80 sebulan dan tambahan RM20 untuk kemudahan awam seperti kebersihan dan lain-lain.
Ianya akan dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Bermula pada jam 6 petang sehingga sehingga tengah malam
“Lokasinya sangat strategik kerana terletak di pusat bandar dan saya menjangkakan ianya akan menjadi tumpuan pengunjung apabila tiba musim cuti sekolah seperti pada bulan Mac ini,” jelasnya.
Sementara itu, YB Ghani sempat mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga-peniaga sambil meninjau kawasan bazar.
wartakedah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan