Daun pandan secara tradisionalnya digunakan dalam masakan untuk menambah harum masakan pada nasi, manisan, daging mahupun makanan laut.  Sebagai sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi dan sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Tetapi ada juga beberapa nikmat lain yang mungkin anda tak tahu. Ok, jom semak info ini...



1.  Daun pandan dikatakan boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Mereka yang menghidap darah tinggi, dikatakan boleh minum air rebusan daun pandan untuk menurunkan tekanan darah.

2. Amalan meminum air daun pandan mampu mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.

3. Air rebusan daun pandan boleh diminum oleh mereka yang mengalami masalah untuk tidur. Kandungan zat tanin dalam daun pandan memberikan kesan ketenangan sehingga mampu membantu untuk cepat tidur.

4. Bagus digunakan sebagai pelega kesakitan. Ia juga mengandungi sifat penjulap.

5. Daun pandan juga mampu melegakan sakit kepala, sakit telinga, sakit dada dan artritis.

6. Anda mengalami masalah rambut gatal dan berkelemumur? Gunakan daun pandan untuk mengurangkan masalah tersebut.

7. Caranya, anda boleh menumbuk daun pandan sehingga hancur. Tambah air dalam ramuan daun pandan yang telah hancur ini. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih.

8. Bahagian lain daripada keseluruhan pokok pandan mampu juga digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.

9. Di India, daun pandan dikatakan sebagai ubatan tradisional untuk merawat masalah kulit seperti kusta dan cacar.

10. Rasa pahit yang terdapat pada daun pandan menjadikan amat bagus untuk merawat masalah kesihatan seperti diabetes, demam, ulser dan luka-luka.

11. Di Hawaii dikatakan bunga daun pandan dikunyah oleh ibu yang kemudiannya akan memberikannya kepada anak mereka sebagai penjulap.

12. Bunga pokok pandan juga dikatakan memiliki ciri-ciri yang berfungsi sebagai afrodisiak atau menaikkan syahwat.

13. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan dikatakan boleh digunakan untuk melegakan sakit dada.

14. Jus yang di ekstrak daripada akar pokok pandan ini boleh digunakan sebagai tonik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan bayi dan masih lagi dalam keadaan lemah.
  
15. Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, daun pandan biasanya diikat dalam beberapa keping dan dijadikan sebagai pewangi di dalam almari dapur mahupun almari pakaian untuk halau lipas. Cara ini lebih selamat daripada menggunakan penyembur racun serangga.

16. Daun pandan juga dikatakan boleh digunakan sebagai pewangi semula jadi kereta. Lebih murah dan selamat daripada penyegar kereta berjenama. Bau wangi daun pandan ini adalah berikutan dengan minyak pati semula jadi yang mempunyai kebaikan dari segi nilai terapeutik.

Selepas ini, bolehlah tanam pokok pandan untuk kegunaan harian. Apa yang penting cukup jimat dan berbaloi!
MINGGUAN WANITA