Sabtu, 30 Jun 2012

3 penyakit di Musim Panas



Memang panas le ni weh!, keluar bilik air lepas mandi pun berpeluh. Musim kemarau yang cukup panas mempunyai kelebihan tersendiri bagi orang yang selalu melakukan pengembaraan atau yang tidak suka dengan hujan ni, leceh untuk melakukan aktiviti di luar ni. Namun musim hujan sering menyebabkan berbagai jenis penyakit, musim kemarau pun sama jugak boleh menjejaskan aktiviti harian disebab berbagai penyakit bawaan musim panas pulak.






Bagi sesetengah orang, musim panas boleh menjadi musim yang kurang menggembirakan kerana ketika inilah penyakit mulai terasa. Dikatakan sekurang-kurangnya ada tiga masalah yang perlu diperhatikan tentang kesihatan pada musim panas atau kemarau ni:
  1. Migrain dan sakit kepala: Dua penyakit yang membuatkan anda tidak selesa, sakit kepala ini mungkin terasa lebih menyakitkan di musim panas ni. Migrain dan sakit kepala bagi sesetengah orang berlaku lebih kerap dan berpanjangan.Yang pasti mata akan mengecilkan atau silau bila berada di bawah matahari. Sinar ultraviolet dan panas berlebihan membuat tubuh mudah keletihan. Akibatnya, otot di wajah menjadi sangat tegang dan kepala mula terasa pusing. Peluh bercucuran dengan banyak dan terjadilah   migrain, mual dan muntah. Jadi, pakailah payung, kacamata hitam, atau topi ketika berada di luar untuk mengatasi masalah tersebut. Dan banyakkan minum air agar tidak terjadinya dehidrasi pada tubuh.
  2. Jangkitan kulat: Kulat boleh tumbuh atau hidup dipelbagai tempat pada tubuh kita. Tubuh yang terlalu lembab dengan peluh mencetuskan pertumbuhan bakteria dan kulat. Kulit, kaki, lipatan kulit, sampai area kemaluan boleh menjadi tempat membiak  subur kulat ni. Kalau sudah ada tanda di tubuh anda terkena jangkitan kulat ni segeralah diubati. Cara pencegahannya, selalulah ganti baju, seluar, atau apa pun yang anda kenakan kalau dirasa sudah terlalu lembab. Boleh juga memakai bedak antiuv sebelum mengenakan pakaian atau stokin kaki.
  3.  
  4. Penyakit akibat keracunan makanan: Musim panas adalah situasi yang mempercepatkan proses pembusukan makanan. Jadi, kalau anda mempunyai daging merah, salad, susu, daging ayam, dan sebagainya, lakukan pemeriksaan dulu bahan makanan itu sebelum mengambilnya. Keracunan makanan boleh terjadi dengan pelbagai cara. Misalnya diare, gangguan fungsi tubuh, hingga boleh membawa kepada kematian
  5. anakulucheka.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...