Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.
Tapi bila sudah tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.
"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.
"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.
"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.
"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.
Kasi Tukar Belakang Ke Depan
Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu bunga macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya tak kasi dan saya pergi ke kedai dekat saja.
Pergi Cari Kat Kedai
Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu, yang lagi baik RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau, macam tak selesa nak menyuap. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik.
Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Dia kata, kalau tak tukar nanti bahaya dan boleh pecah sebab dah haus. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.
Spotrim Bengkok Pulak
Lepas tu dia buat balancing dan tauke tu kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh baiki dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.
"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.
"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar. Nanti rugi saja tukar tayar baru". Kata tauke tu.
"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.
Lepas tu dia buat balancing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit. Tapi dia kata, lepas ni kalau ada masa, datang semula ke kedai dia. Saya kata okey saja, dalam hati, selamat duit saya.
Spotrim Baru
Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab beli spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.
Alignment Tayar Pulak
Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80. Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.
Alignment Tayar Pulak
Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80. Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.
Selesailah Sudah
Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.
Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..
Tauke ni, kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber keluar minyak, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.
Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.
Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.
kadikluang
aku pun dah pernah terkena,dia punya script sebijik macam bro tulis,mulanya nak tukar tayar 4 biji,last2 terambik jugak sport rim.,katanya rim aku dah gelong la,kalau buat aligment balancing pun tak guna,still tak ngam katanya,baik u ambik ini sport rim,saya kasi murah punyer..puuiii terkono den..
BalasPadamYe memang sebijik. Ada saja nak ganti itu ini itu ini.
BalasPadamsaya pun terkena....kena tukar skrew chamber.....hampeh pnya produa..ingat servis kat produa ok. rupanya dia terus sub kat kontraktor dia.....skrew chamber RM 90 utk 2 nos....
BalasPadamTerkena sebab bangang dan tidak berilmu
BalasPadamHehe...aku pernah tkena pd tempat masukkan angin tayar tu...nasib baik 1 je aku tukar...sport rim tu mmg dia ckp semua dh bengkok...siap offer nk repair...cittt..kena tahan ayat tipu diorg...tq
BalasPadamaku pun penah kena.tpi aku pandai sikit aku ckp bajet tarak..bajet ngam2 utk tayar second je..ha2
BalasPadamSepatutnya kita pengguna kena ada web kenderaan supaya kita blh maklum harganya.
BalasPadamSaya sebiji skru chamber kena rm 100 sebiji
Ayat paling mudah nak chong balik cakap je tak de duit. Garenti dia tak berani nak offer lagi.. Tapi kadang kita ego.. kene pancing skit ego tu yang kene pancung..
BalasPadamHttp://www.perfumehot.com/pherox.html
BalasPadamHttp://www.perfumehot.com/pherox.html
BalasPadamAku pun terkena.. Nak tukar tayar je dahtu suruh tukar absorber pulak. Atas nasihat pomen tayar tu, kena tukar absorber depan sebab leaking dan aku pun setuju.. Pastu saja check website absorber kyb depan rm190 satu je, kedai tayar caj aku rm290 satu.. Hampehhhhh.. Mahalnye.. Boleh buat aduan ke?
BalasPadamdah terkena baru terkial2 nk google..hampeh melayang 80 hengget..asal nak rotate tayar je.screw camber lah..apa jadah lah
BalasPadam