Ahad, 25 Disember 2011

Kepala Otak Kita Hebat Tetapi Kenapa Kita Tidak Hebat

kepala otak manusia

Islam adalah agama yang merangsang otak manusia untuk berfungsi.Hal ini disebabkan , ketika kita mencuba memahami bagaimana malam dan siang terjadi seperti yang dijelaskan dalam Al-quran, tentu kita perlukan daya imaginasi untuk merasakan kebesaran Tuhan dalam menciptakan alam semesta, menumbuhkan aneka tumbuhan , dan bagaimana Allah menurunkan hujan.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.(Ali Imran 190-191)


Walaupun ciptaan otak adalah hebat, tapi mengapa kita tidak menjadi pelajar yang lebih baik padahal kita memiliki 200 milion sel otak?(Ini bersamaan dengan makhluk di sejumlah galaksi)Mengapa kita tidak lebih baik dalam mengingat sesuatu hal padahal otak kita dapat menyimpan sekitar 100 milion bit informasi?(Ini bersamaan dengan 500 ensikklopedia)Mengapa kita tidak lebih baik dalam memahami sesuatu hal padahal otak kita mempunyai lebih dari 100 trilion sambungan?(Ini seperti komputer yang paling canggih)Mengapa kita tidak lebih kreatif padahal kita rata-rata melakukan 4000 pemikiran setiap 24 jam?

Hal ini disebabkan kita tidak menggunakan otak dengan cara yang betul. Selalunya manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada kemampuan otak. Kita terlalu sukakan kesenangan dan malas untuk berfikir yang menyebabkan kemampuan otak kita semakin mundur. Jadi bagaimana untuk meningkatkan lagi otak kurniaan Allah ini?Di sini ada tips yang boleh kita amalkan:
  • Bersukan
  • Makan epal dan sayur-sayuran
  • Berpuasa
  • Membaca Al-Quran, solat sunat dan berzikir
  • Ajar ilmu yang diketahui pada orang lain
  • Tingkatkan motivasi diri
  • Sentiasa melakukkan aktiviti berfikir seperti sudoku
  • Sentiasa belajar benda baru seperti melukis, belajar bahasa asing dan lain-lain.
Nota ; Otak orang biasa mampu menguasai sekurang-kurangnya 120 jenis kemahiran.Berapa jenis kemahiran yang kita kuasai?

hakaluka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...