Selasa, 14 Februari 2012

Apa Itu Rotavirus Simptom Tanda-Tanda dan Cara Mencegah


 

Hari ni, terdengar berita yang 2 orang kanak-kanak di Perak mati suspek penyakit Rotavirus. Kan beratus lagi mempunyai tanda-tanda penyakit rotavirus. Ini adalah membimbangkan selepas kes virus mulut dan kuku yang kecoh di Sarawak tidak lama dahulu.


Menurut Datuk Dr mah, Exco Perak, kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah boleh terkena cirit-birit yang teruk dengan cepat tetapi orang tua mempunyai immune yang tinggi. Rotavirus tidak memberikan apa-apa kesan pada tanda awal tetapi jika tidak mendapat rawatan awal yang bagus, ia boleh mengakibatkan kesan yang buruk termasuk kematian.

Kepada ibu bapa, mungkin ini adalah serba sedikit infor-info yang berguna untuk melindungi kanak-kanak khasnya berumur 12 tahun kebawah daripada tersebarnya wabak Rotavirus di Malaysia.

Apa itu Rotavirus

 Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yg menjadi punca utama cirit-birit teruk atau AGE di kalangan kanak2 di negara maju dan negara membangun. Ia juga dikenali sebagai pembunuh kedua kanak2 di seluruh dunia selepas radang peparu.


Penyebab utama rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yg kurang baik. Rotavirus tersebar melalui najis yg mengandungi rotavirus ke mulut serta makanan dan air tercemar. Virus ini juga boleh berjangkit melalui permukaan peralatan spt permainan, tombol pintu dan pinggan-mangkuk yg tak dibasuh dgn betul. Rotavirus boleh kekal selama beberaja jam di atas kulit manusia dan mampu bertahan beberapa hari di permukaan yg keras. Ia juga boleh hidup selama seminggu dlm najis individu yg dijangkiti.


Mengikut laporan WHO, seramai 2 juta pesakit dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti rotavirus setiap tahun manakala lebih drpd 400,000 org pesakit maut kerana dehidrasi (kehilangan byk air dlm badan). Setakat ini tiada rawatan khusus yg boleh merawat jangkitan rotavirus
.

* Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah.
Tanda-tanda Penyakit Rotavirus

* Demam
* cirit-birit air
* muntah tanpa henti
* Dehydration
* Otot-oto sakit dan cram
* mata cengkung
* kulit kasar/kering
* bibir kering/pecah2
* air kencing kurang, so check pada diapers anak

Bagaimana Rotavirus Tersebar

* Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.

Cara Mencegah Penyakit 

* Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.

Selain itu kita juga perlu    ;-
  • Jaga kebersihan makanan agar tak dicemari 
  • Jangan kutip semula makanan yg dah terjatuh - kalau dah jatuh buang sahaja terus
  • Basuh tangan sebelum menyediakan dan menyentuh makanan
  • Kurangkan pemakanan mentah spt ulam-ulaman atau yg tidak dimasak
  • Masak makanan dgn kepanasan atau haba yg sempurna
  • Didih atau rebus air minuman sehingga benar2 panas - jgn minum air yg direbus setakat suam
  • Bersihkan perlatan makanan dan minuman sebelum guna, sebaik2nya dgn air panas
  • Pilih premis makanan yg bersih
citerjo

15 ulasan:

  1. thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

    BalasPadam
  2. Anak saya kene dah...dekat 3 minggu menanggung...terima kasih atas maklumat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak sy dh 2minggu.. sekarang dia dah elok ke.??

      Padam
    2. Anak sy dh 2minggu.. sekarang dia dah elok ke.??

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ank sy skrg dh 3 ari di wad.. bru skejap ni doc dh dpt result sampel najis. Mmg trkne rotavirus ni.. allahuakbar.. tkut sy bce info tentang ni. Smpai blh bwak maut.. tlg doa kn ank sy cpt smbuh ye..:-(

    BalasPadam
  5. Ank sy skrg dh 3 ari di wad.. bru skejap ni doc dh dpt result sampel najis. Mmg trkne rotavirus ni.. allahuakbar.. tkut sy bce info tentang ni. Smpai blh bwak maut.. tlg doa kn ank sy cpt smbuh ye..:-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cerita pengalaman akak...anak saudara saya baru dsahkan tkena virus ni...kesian mummy nya...

      Padam
  6. Ank sy skrg dh 3 ari di wad.. bru skejap ni doc dh dpt result sampel najis. Mmg trkne rotavirus ni.. allahuakbar.. tkut sy bce info tentang ni. Smpai blh bwak maut.. tlg doa kn ank sy cpt smbuh ye..:-(

    BalasPadam
  7. anak umur berapa ye?mcm2 penyakit skg kite dgr..smg cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. trima kasih untuk info. risaunya skg ni mcm2...

    BalasPadam
  9. anak sy dalam wad... huhuhu dah 2 hri.. rotavirus... bru dapat detect td.. kesiannyaa...

    BalasPadam
  10. Anak sy masuk ari ni dh 2ari masuk wad trkena rotavirus..selama ni xtau pn mcm mne rotavirus..skg bru tau rotavirus blh bwk maut..

    BalasPadam
  11. anak sy da 3 ari xsihat..muntah2 ari pertama je,ni da msok ari ke 3 xde muntah tp nmpk x bermaya..mkn skit2 je,sbb tkot sakit perut..

    BalasPadam
  12. Anak saya dr jumaat start muntah.. lepas tu cirit non-stop..dan ppaling teruk ahad 30x lebih.. nasib dia suka minum air byk... Selasa nmpk dh x larat.. terus admit hospital.. drip air masuk ubat.. until hari ni ad progress skit..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...