Selasa, 28 Februari 2012

Untuk Guru - PPPLD KE PPS ~ Kenaikan Tanpa Temuduga SPP Lagi ..

BERITA GEMBIRA .......
 
Kepada  cikgu2 yang sambung belajar ..
Yang dah habih sambung belajar …
Yang masih tertunggu2 ….
untuk kenaikkan dari Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma ke Pegawai Pendidikan Siswazah
Berita yang mengembirakan …..
Dah tak perlu lagi siapkan kepala otak , mental dan fizikal menghadapai temuduga SPP ..
SBPA ~ akan menyerap anda terus ke Gred baru
Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan  yang boleh dapat kat pejabat sekolah masing -masing dan serahkan pada atau sebelum 11 Mac 2012.

OPEN : Dah tunggu kat 2 tahun untuk rasa kenaikan ni. Mungkinkah tarikh pilihanraya dah dekat, sebab tu proses yang menjadi isu 15 ribu guru seperti kita ni  dipercepat dan dipermudahkan.


atleena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...