Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
- Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
- Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
- dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)
Akhirnya, PM memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
OPEN : Harap-harap yang ni terbaik untuk kita
beritasemasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan