Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai ibu muda panik bila bayi kecil menangis di malam hari tanpa henti. Bagi yang mengalaminya jangan panik dan buntu ye. Saya sertakan beberapa perkara yang kita perlu lakukan.
1. Pastikan lampinnya kering
2. Jika masih menangis berikan dia susu kerana mungkin dia kelaparan, jangan lupa sendawakan si comel
3.Jika masih menangis minyakkan dan urutkan bayi dengan minyak bayi di perut dan belakang betisnya kerana mungkin dia kembung.
4.Jika masih menangis juga pastikan pakaiannya benar-benar selesa. Pakaikan tebal sikit jika pakaiannya agak nipis mungkin bayi kita kesejukan
5. Jika masih tak henti menangis juga mungkin dia diganggu makhluk halus yang juga makhluk Allah. Cuba bacakan ayat kerusi, dan 3 kul. Jika berterusan terus minta suami azankan 7 kali tanpa henti.
Moga tips ini dapat membantu ibu muda yang punyai anak kecil yang sering mungkin akan menangis pada malam hari tanpa henti.
lydiamiza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan