Rabu, 29 Februari 2012

5 Minuman Penawar racun Dalam Tubuh Kita

1. Air Kosong


Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.


2. Air Kelapa Segar



Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.


3. Jus Labu



Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau



 
Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.


5. Jus Oren
 
Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.
 
Untuk tips, minum detox ini akan lebih baik jika diambil sebelum sarapan pagi. Dengan cara ini, proses detoksifikasi akan berlaku dengan baik dan anda dapat merasakan manfaat kesihatan

v12gether

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...