Rabu, 30 Mac 2016

Kemahiran Anak Yang Perlu Dikuasai Untuk Menghadapi Masa Depan

“Berenang ok. Main alat muzik pun ok. Taekwando pula bagus untuk keselamatan diri, memang sangat ok. Aduh, tak tahu nak pilih yang mana satu sesuai untuk Danish. Semuanya bagus-bagus untuk kemahiran anak bila dah besar nanti”

Memang sukar untuk memilih yang mana satu sesuai untuk meningkatkan kemahiran diri anak-anak kerana selain bijak belajar, anak juga perlu menguasai kemahiran diri.

Apa Pentingnya Kemahiran Anak Untuk Masa Depan?

“Tapi, kanak-kanak ni masih kecil lagi. Yang penting, pandai belajar dan cemerlang dalam akademik. Perlu sangatkah kemahiran diri ini?”

Sebagaimana pentingnya akademik, begitu jugalah pentingnya mendedahkan ‘survival skill’ untuk meningkatkan kemahiran anak. Ia akan membantu mereka membawa diri apabila dewasa kelak.
latih anak buat kerja rumah
Foto Kredit: kabritausa.com


SUBHANALLAH !!! BACALAH SURAT AL IKHLAS DI 9 WAKTU INI, DAN LIHAT SERTA RASAKAN KHASIAT YANG MENAKJUBKAN



SURAT Al Ikhlas, seperti surat-surat yang lain juga mempunyai banyak rahasia yang terkandung di dalamnya. Diberi nama surat Al Ikhlas, lantaran dia menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan dunia akherat, dari kesusahan sakarotul maut, dari kesulitan kegelapan malam serta dari semua kesulitan kemungkinan di hari kiamat.

Ternyata ada saat tertentu yang dianjurkan membaca surat Al-Ikhlas. Tersebut sembilan saat yang disarankan untuk mengamalkan surat Al-Ikhlas :

Selasa, 29 Mac 2016

Jangan Pernah Panggil “Ummi-Abi” pada Pasangan anda.... INI ALASANNYA..

Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang adalah hal yang lumrah. Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan semakin mempererat perasaan cinta dan kasih sayang.

Ada berbagai macam panggilan sayang yang dapat kita berikan pada pasangan. Panggilan seperti “honey”, “hubby”, atau “cinta” adalah beberapa jenis panggilan yang paling sering digunakan oleh pasangan suami istri di Indonesia.



Selain panggilan itu, ada juga beberapa panggilan populer yang biasanya digunakan oleh pasangan suami istri muslim. Panggilan “abi” dan “ummi” akrab di kuping pasangan muslim di Indonesia. Walau tujuannya, baik, tapi tahukah Anda jika kita tidak memahami maknanya secara utuh hal ini bisa mengarah pada hal-hal yang diharamkan?Loh?

INFO SIHAT - Kalau Mengidam 8 Jenis Makanan Ini, Ia Petanda Kekurangan Zat

“Eeee…. Teringinnya nak makan coklat. Asyik terfikir nak makan coklat je sampai tak dapat tumpukan perhatian masa ‘meeting’ tadi… Nak kata mengandung, tak juga… Hehe.”

Tahu tak? Mengidam makanan ini bukan saja dikaitkan dengan orang mengandung. Malah, manusia normal pun boleh melahirkan rasa begini. Walaupun tabiat ini lebih sinonim dengan wanita, yang lelaki pun boleh mengidam juga.

Contohnya, anda bersusah payah memandu selama satu hingga dua jam untuk mendapatkan ikan pari asam pedas. Atau, anda boleh meninggalkan kerja yang utama semata-mata untuk mendapatkan secawan kopi kegemaran anda terlebih dahulu. Haa… Inilah simptom mengidam. Jangan tak mengaku ya!
mengidam makanan
Foto Kredit: telegraph.co.uk

Tips Mudah Untuk Bersihkan Belakang Kuali Yang Sudah Hitam Berkerak Seperti Baru

 


Kuali yang kita pakai seharian sudah pasti akan menjadi hitam di bahagian belakangnya kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebakan ia melekat di belakang kuali.

Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak suka, admin pernah terdengar sembang-sembang orang-orang tua zaman dulu yang mereka suka belakang kuali hitam, kenapa mereka suka belakang kuali hitam berjelaga.

Ahad, 27 Mac 2016

Tips Sihat: Minumlah 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

 Sihat: Minumlah 4 Air Ini Rebusan Sebelum Terlambat


Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum Hawa...


Resipi Cheese Tart Kuali

Resipi Cheese Tart Kuali Ini Viral, Dapat Lebih 37 Ribu Share di Facebook

Resipi Cheese Tart Kuali saja pun tapi punyalah viral. Sebabnya bahan dan cara membuat yang dikongsi oleh Puan Azlina ini cukup mudah. Tak perlu masuk dalam oven hanya dibakar dalam kuali saja.

Malah resipi ini juga tidak memerlukan mixer, bahannya hanya diuli seketika sementara filling pula diadun dalam pengisar. Mudahkan.

Selama ini ramai yang membeli tart jenis ini kerana menyangka ia remeh untuk dihasilkan sendiri. Tapi melalui perkongsian resipi ini ramai yang berjaya membuatnya di dapur sendiri.


Info - Lkukan Perkara Ini Ketika Mengandung Jika Mahu Anak Bijak Dan Berakhlak

mac1

Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Tanda Kamu Sudah Memiliki Suami Terbaik

 9 Tanda Kamu Sudah Memiliki Suami Terbaik, Jaga Dia Elok-elok Ya!

Walau pun suami tak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar ciri ini. Tak semua manusia sempurna bukan.

Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh para isteri lain.


12 Perkara Jadikan Anda Munafik Tanpa Sedar Di Media Sosial



  1. Orang Bikin Tak Boleh, Kita bikin Boleh. Halal dan Syariah Compliance. 
  2. Orang curi wang kita mau marah, tapi kita curi software dengan download movie dekat torrent kita cakap Halal dan Syariah Compliance. 
  3. Orang potong queue kita marah tapi kita mau submit borang, kita tanya "ko ada kawan kat DBKL tak? cepat sikit dapat proses". Halal dan Syariah Compliance. 
  4. Orang nepotism kita marah, tapi anak mau masuk asrama kita pigi cari kawan kat Kementrian kasi ejas. Halal dan Syariah Compliance. 

Sabtu, 26 Mac 2016

Mudahnya Nak 'Panjangkan' Rezeki. Kenapa Masih Tak Cuba?

 Mudahnya Nak 'Panjangkan' Rezeki. Kenapa Masih Tak Cuba?


Menabung sudah, berjimat sudah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan rezeki sentiasa ada dan tidak putus. Anda perlu 'tilik' perlakuan dan muhasabah diri. Apa yang anda lalai selama ini akan mengundangkan kepada kesempitan rezeki daripada Allah SWT.


Bukanlah niat untuk menakutkan tapi sebagai hambaNya anda tidak boleh lupa kepada Si Pencipta. Antara tip mudah untuk panjangkan rezeki, anda boleh semak sini...


Lautan Padang Garam Yang Terbesar Di Dunia

Salar de Uyuni, laut garam, padang pasir garam, di barat daya Bolivia, dahulunya merupakan laut pedalaman, atau tasik air giantsalt, tetapi air yang menyejat ke udara dan mengering . Apa yang kekal adalah garam, berpuluh-puluh meter tebal, seluas lautan di bawah langit yang terik.




Doa elak cabaran yang berat

Tak kira siapa, hidup ini memang penuh dengan cabaran. Tetapi yang kita ingin elakkan adalah cabaran yang tidak mampu ditanggung!

Hidup ini ada cabaran kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai manusia biasa. Allah sengaja menguji hambaNya, sejauh mana kita dapat taat perintahNya walau badai datang menimpa.

Namun, satu yang kita pinta kepadaNya ialah…

“Yaa Allah jangan Engkau timpakan cabaran yang saya tak mampu nak tanggung…”

Cabaran seperti apa?

Seperti ini :

  • Sebelum ini, saya pernah terbaca kisah di akhbar mengenai bayi berumur setahun meninggal kerana tertelan skru. Bayangkanlah jika bayi itu anak kita. Adakah kita mampu menanggung ‘dugaan berat’ itu? Wallahi, saya rasa saya tak mampu.
  • Anak kita dari kecil diasuh dengan baik. Masuk sekolah agama bagai, tapi bila dah besar dia menderhaka dengan kita. Tidak solat. Jadi mat rempit, kemudian ditangkap kerana mengedar dadah, dihukum gantung sampai mati. Cuba bayangkan kemungkinan ini…. sanggupkah kita menghadapinya? Nauzubillahiminzaalik, saya minta Tuhan jauhkan.
  • Kita sekarang sihat walafiat. Jaga makan, kerap bersenam. Tiba-tiba pergi hospital, didiagnosis penyakit sukar nak disembuhkan (kanser tahap 4 contohnya). Doktor kata kita boleh hidup cuma sebulan jer lagi… apa macam?
Kerana itu saya kerap berdoa dengan doa ini…


Mengapa Kaum Nasrani Membakar dan Memusnahkan Talmud?


PADA abad pertengahan Talmud diserang habis-habisan, ada usaha sistematik untuk membumihanguskan Talmud dari muka bumi, kerana Talmud dianggap sumber utama Ta'alim (inti ajaran) Yahudi, yang menjadi pendorong utama kaum Yahudi menentang kuasa dan penebar permusuhan terhadap agama Nasrani, baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi. Sampai-sampai raja Honorius dalam salah satu amar keputusan yang dikeluarkannya, memberi maklumat tentang:

"Bahwa semua rabi (pendeta Yahudi) adalah manusia yang kehilangan akal sihat! Meski kitab Perjanjian Lama (Taurat) merupakan kitab suci kaum Nasrani yang ditulis dengan bahasa Ibrani, sebagaimana Talmud yang juga ditulis dengan bahasa Ibrani. "

Namun demikian tidak menyurutkan kaum Nasrani untuk membumihanguskan Talmud, kerana kaum Nasrani menganggap Talmud adalah biang segala kehancurankan yang dipropagandakan kaum Yahudi. Para raja, para Paus melakukan kempen besar-besaran untuk memerangi kewujudan Talmud, mereka meneriakkan jargon-jargon anti Talmud.

Selasa, 22 Mac 2016

Amalan Yang Disukai Syaitan

Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Faatir ayat 6)
syaitan
Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;

Tips- Bila Si Kecil Kaki Mengamuk? Ini 4 Cara Harus Anda Buat

 mengamuk
 Si kecil menendang dan mengamuk! Kemudian melemparkan barangan ke lantai kedai kerana anda tidak mahu membelikan apa yang diinginkan. Malunya rasa bila anak buat perangai macam tu depan orang ramai.

Apa harus buat apabila berhadapan situasi ini?

Gua Ini Adalah Tempat Tidur Paling Bersih


Tempat ini mungkin menjadi pilihan kedua anda untuk bermalam jika di lihat pada perskitarannya, tetapi tahukah anda bahawa fungsi rawatan kesihatan di lombong garam Ukraine adalah salah satu tempat yang terbaik untuk tidur di dunia. Sejak tahun 1970-an, ramai yang mengalami gejala isu-isu pernafasan telah datang dan menginap ditempat yang berada di bawah 300 meter di dalam tanah untuk mendapatkan tidur malam yang baik.

Saintis telah mendapati bahawa udara di dalam gua ini mempunyai kandungan bakteria yang sangat rendah walaupun berbanding dengan tempat paling bersih dalam hospital.
 

Gerhana bulan penumbra pada malam 23 Mac - Angkasa


Gerhana bulan penumbra pada malam 23 Mac - Angkasa
Gerhana bulan penumbra terjadi apabila bulan melintas di bayang Bumi atau penumbra. - Gambar hiasan/EPA
 Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac). 

Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi. 

Tanda - Tanda Awal Strok Haba..

 

Resepi Puding Kastad Marble

Assalamualaikum...

Cuaca sekarang ni sangat panas...terasa nak makan sesuatu yg sejuk..apa lagi terus la memuding..Lama juga tidak memuding dan test skil puding yg gempak sket hehe..Okey untuk seisi memanaskan bdan ni kite buat yg simple2 dulu.Janji sedap kat anak tekak okey la tu...Okey untuk minum petang..Kami makan Puding Kastad Marble.Leih kurang macam roti jugak tp lebih simple.Jom semak resepi

Lemak2 manis yg sedang2 saja...nyum2..
 

Ahad, 20 Mac 2016

Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Tak Boleh Terima 13 Perkara Ini


Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
 

Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Sistem Tubuh Anda?


marijuana
Marijuana atau dalam bahasa kita ganja baru-baru ini menjadi bualan apabila ada usul untuk ‘menghalalkan’ penggunaan ganja di Malaysia.
Tetapi timbalan menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menegaskan ganja tetap dadah dan ianya berada di bawah akta dadah berbahaya. Persoalan di sini, berapa lama kesan ganja akan berada di dalam badan kita?

Kesan ‘high’ kerana menghisap ganja hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja (dalam 6 jam jika ianya dimakan), tetapi kesan tetrahydrocannabinol atau THC kekal di dalam badan pengguna dengan lebih lama.
Ganja boleh dikesan melalui ujian darah dan air kencing. Jika disedut, ganja akan masuk ke sistem darah melalui alveoli pada paru-paru. Jika ganja dimakan (biasanya dalam bentuk brownies), hati akan menukar THC ini kepada non-psychoactive marijuana metabolites, di mana ianya akan berlegar dalam badan dan disimpan dalam tisu lemak. Ada metabolit THC yang cuma berada dalam badan selama 20 jam dan ada metabolit seperti THC-COOH boleh berada dalam badan sehingga 13 hari



Bayi Susah Tidur Siang? 5 Cara Ini Boleh Membantu

tidur
Bayi anda meragam dan asyik menangis kerana mengantuk tetapi enggan tidur? Adakah anda pernah berhadapan situasi ini? Tidak semua bayi yang akan tidur walaupun mereka berasa mengantuk. Jadi, apakah yang patut ibu lakukan?

Mungkin anda boleh cuba teknik berikut jika si kecil jenis yang bermasalah tidur pada waktu siang.

Nak Madu Asli Tahan Lama? Inilah Caranya


 Nak Madu Asli Tahan Lama? Inilah Caranya

Madu merupakan salah satu bahan alami yang kaya dengan khasiat dan nutrisi untuk kesihatan serta dunia kecantikan. Ya, salah satu ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.


Tapi sayangnya kalau anda tidak boleh membezakan dengan baik antara madu asli dan buatan. Untuk madu asli, boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan nutrisinya tak akan pernah 'ghaib'.


Apalagi, jika kalau anda menyimpan madu tersebut dengan cara yang betul. Jom semak cara menyimpan madu asli agar tahan lama dan nutrisinya tak pernah hilang...


Resepi - Onion Ring

Saya suka onion ring....terutamanya yg jual kat A&W tu....tapi mahal sgt dan tak berbaloi pulak nak pegi situ setakat nak beli onion ring..... Kesimpulannya jom buat sendiri. Sebiji bawang hollang tu ble dapat satu mangkuk onion ring...puas mkn. Resepi ni saya cnp dari MAMAK HAJI.
 

Kisah Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus


Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan  buat masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.
 

Kenali Jenis Rawatan Kanser Payudara, Wanita Perlu Tahu

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh LPPKN, kebanyakan wanita boleh disembuhkan daripada penyakit ini sekiranya ia melibatkan pengesanan awal dan rawatan kanser payudara selanjutnya.

Lebih tepat lagi, ‘survival rate’ 5- tahun untuk kanser payudara adalah 75%,manakala sekiranya dikesan pada peringkat awal, kebarangkalian untuk jangka hayat 5-tahun adalah 93%.

Jadi, kebanyakan pesakit kanser payudara boleh dirawati, dan peluang mereka bertambah cerah apabila ia dapat dikesan pada peringkat awal.


Kenapa Masjid Al-Aqsa penting sangat?

Kenapa penting sangat Masjid Al-Aqsa?
Kenapa penting sangat Masjid Al-Aqsa?

Bercakap tentang bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa bukan perkara asing di negara ini, namun Timbalan Pengurus Hal Ehwal Islam Masjid Al-Ikhlas, Ustaz Mu’awwidz Al-Ansori Dzulkefly hari ini mengingatkan betapa pentingnya umat Islam mempertahankan bumi yang telah dijajah lebih 60 tahun itu.

“Apa pentingnya Masjid Al-Aqsa ini? Kenapa Masjid Al Aqsa disebut sebagai pilihan ketiga dengan ganjaran pahala 500 solat? Sedangkan kita ada Masjid Negara, masjid negeri malah ada Masjid Karangkraf.

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
 

Sabtu, 19 Mac 2016

Semakan 12 Syarikat Di batal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah

 Sebanyak 12 syarikat pengendali umrah telah di batalkan lesen pengembaraan luar negeri (outbound) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) kerana terbabit dalam kes penipuan umrah.

Tindakan keras itu bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin berleluasa. Statistik terkini MOTAC dari 2012 hingga 2016 menunjukkan 54 kes penipuan pakej umrah di rekodkan dengan jumlah denda dan kompaun melebihi RM237,000.

umrah 1
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihak kementerian memandang serius kes penipuan umrah yang masih berleluasa.

Katanya, statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pula menunjukkan 2,161 kes tuntutan pakej umrah dengan nilai kerugian mencecah RM12.7 juta bagi 2012 hingga 2015.

Doa elak cabaran yang berat

Tak kira siapa, hidup ini memang penuh dengan cabaran. Tetapi yang kita ingin elakkan adalah cabaran yang tidak mampu ditanggung!

Hidup ini ada cabaran kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai manusia biasa. Allah sengaja menguji hambaNya, sejauh mana kita dapat taat perintahNya walau badai datang menimpa.

Namun, satu yang kita pinta kepadaNya ialah…

“Yaa Allah jangan Engkau timpakan cabaran yang saya tak mampu nak tanggung…”

Cabaran seperti apa?


Sejarah Solat

http://lenggangkangkung-my.blogspot.my

Khamis, 17 Mac 2016

Senarai Kopi Yang Dikesan Beracun Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

senarai kopi yang dikesan beracun oleh kementerian kesihatan malaysia 
Senarai Kopi Yang Dikesan Beracun Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 40 jenis minuman segera yang dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.
 

Cara Meredakan Kemarahan Terhadap Suami

Lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitulah juga dengan kehidupan alam rumahtangga yang dihuni oleh suami, isteri dan anak-anak. Alam rumahtangga adalah seperti sebuah kapal yang belayar di lautan yang kadangkala bergelora dan ada ketika aman sejahtera. Berhati-hatilah ketika anda melayarinya.

Sedikit sebanyak pasti ada hati yang dijentik marah, perasaan yang dicuit cemburu dan ada ketika airmata tumpah jua. Bersabarlah duhai wanita, jika kamu berasa marah dengan sang suami. Suami mu mungkin tidak sengaja melakukannya, mungkin dia juga sedang tertekan dengan sesuatu perkara. 
Cara Meredakan Kemarahan Terhadap Suami
Apakah yang patut kamu lakukan jika kamu marahkan sang suami? Adakah kamu harus melawannya dengan amarah juga? Atau kamu biarkan ia berlalu tanpa penyelesaian?
 

CIRI-CIRI FIZIKAL RASULLULLAH

Assalamualaikum..



"Aku pernah bertanya kepada bapa saudara daripada sebelah ibuku,Hind Bin Abu Halah.Aku tahu dia pandai cerita perihal sifat Rasullullah s.a.w. Pada masa yang sama , aku ingin diriku disifatkan daripada sifat baginda yang dapat aku contohinya" - Ya'kub Bin Sufyan Al-Faswi

Menurut Hind Bin Abu Halah,  Wajah baginda Rasulullah s.a.w berseri-seri seperti bulan di malam purnamanya, tinggi nya cukup tidak terlalu ketara,juga tidak terlalu pendek, dan dadanya bidang.Rambutnya selalu rapi, antara lurus dan bergelombang serta memanjang sehingga ke tepi telinganya, lebat, serta warnanya hitam. dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah antara kedua-duanya , yang apabila baginda marah , kelihatan nya seperti bercantum.
 

Rabu, 16 Mac 2016

Personaliti Seseorang Berdasarkan Cara Dia Memegang Stereng Kereta.

Banyak cara nak mengenali seseorang menerusi cara dia jalan, cara dia bercakap, cara dia tidur, dan ini jom kita selongkar personaliti seseorang berdasarkan cara dia memegang stereng kereta...
 

Lihat Air Terjun Antara Yang Paling Indah Dan Unik Di Dunia

Buat anda yang suka dengan keindahan air terjun, anda pasti takjub melihat keindahan air terjun paling unik di dunia ini. Cukup menarik!

Air terjun ini yang terletak di Romania, di Bozovici, wilayah Caras-Severin. Air terjun Izvorul Bigar, mempunyai tebing setinggi 8 meter dan tertutup lapisan lumut hijau.

Air yang mengalir berasal dari sungai musim bunga yang menuju ke aliran sungai kecil di bawahnnya.



Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak Tahu


 15 Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.


Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut...


1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.


2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.


3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.


4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.


5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.


6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.


7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.


8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.


9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.



10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.


12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.


13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.


14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
mingguan wanita

Resepi Wajik Yang Mudah

Kuih wajik adalah makanan pemanis mulut dan kebiasaannya ia dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kuih wajik dimasak bermusim kerana ia kurang sesuai dimakan pada hari-hari biasa kerana rasanya yang manis dan diperbuat daripada beras pulut.

Ada sesetengah orang menyediakan kuih wajik dengan agak kering dan ada sesetengahnya menyediakan dalam keadaan lembap dan lembut. Saya suka makan kuih wajik yang disediakan oleh arwah nenek kerana teksturnya yang lembut, beras pulutnya dimasak rata dan kurang manis.


Resepi Wajik Yang Mudah

Namun begitu secara kebiasaannya kuih wajik dibuat dengan rasa yang manis supaya tahan lama dan tidak berkulat. Entah benar atau tidak, saya pun tak pasti. He he...


Inilah Komputer Paling Terkecil di Dunia Hanya Sebesar Sebutir Nasi.

Gambar Hiasan
 Michigan Micro Mote, dan telah menyandang gelaran komputer paling terkecil di dunia dengan ukuran hanya setengah sentimeter atau sebesar butir nasi.

Walaupun sangat kecil, komputer ini termasuk komputer yang lengkap sama seperti komputer riba atau PC. Michigan Micro Mote mempunyai sistem input, pemprosesan, dan output data.




Formula Mudah Untuk Berdepan Si Dia Yang Kaki Belit


 Formula Mudah Untuk Berdepan Si Dia Yang Kaki Belit

Benar, tidak salah menyayangi pasangan tetapi cubalah belajar sayangi diri sendiri terlebih dahulu. Sekiranya kekok maknanya ada sesuatu yang tidak kena.

Sudahnya, apa tindakan yang perlu kita ambil apabila pasangan buat khianat dalam hubungan. Menyakitkan sudah semestinya kerana jika ditanya, ada atau tidak manusia yang sanggup ditipu dan diketawakan, pasti ramai yang menggeleng kepala.


Namun begitu, terdapat beberapa wanita yang masih berpegang kuat kepada kesetiaan seorang isteri. Walau diherdik, dipukul atau dimaki, mereka  tetap senyum dan menjalankan amanah yang diberi. Boleh jadi semua ini disebabkan sayang. Hakikatnya, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan apabila dianugerahkan pasangan kaki membelit. Antaranya ialah...


Doa Mendapat Hidayah Berkekalan

Berkali-kali saya teringat kata-kata ustaz ketika perhimpunan sekolah dahulu bahawa doa adalah senjata orang mukmin. Dan bila dah pandai baca buku-buku karangan ulamak terkenal, keyakinan saya semakin menebal. Setiap kali ada masalah atau hajat, saya akan berdoa kepada Allah SWT.

Selain itu apa yang perlu ada dalam doa-doa seorang mukmin adalah agar selalu ditetapkan iman dan dilimpahkan dengan taufik dan hidayah Allah.

Di bawah ini saya kongsikan doa agar mendapat hidayah yang berkekalan daripada Allah SWT iaitu Tuhan yang memberikan kita hidayah tersebut.


Selasa, 15 Mac 2016

Gunung Lenyap dari Tempatnya


ALLAH SWT menciptakan bumi ini dengan begitu indahnya. Bumi ini tidak hanya diisi dengan tanah yang rata, yang hanya boleh digunakan untuk membuat bangunan bagi tempat tinggal manusia. Tapi, ada pula gunung-gunung yang dipenuhi pokok-pokok sebagai tempat tinggal haiwan-haiwan tertentu.

Allah SWT menciptakan gunung-gunung sebagai paku bumi. Seperti layaknya paku, suatu benda berbahan kayu yang ditampal di dinding tidak akan bertahan lama jika tidak dipaku dengan baik. Begitu pula bumi. Jika pakunya sudah rosak, maka dapat dikatakan bumi ini pun tidak akan bertahan lama. Inilah yang akan terjadi di akhir zaman.
 

Padang Golf Paling Extrem Di Dunia Di Afrika Selatan

Salah satu padang golf daripada yang paling mencabar di dunia, yang dikenali sebagai "extreme 19-hole" terletak di Afrika Selatan. Ia adalah sebahagian daripada kelab golf "Legends Golf dan Safari" dalam kawasan pemuliharaan Entabeni Safari di wilayah Limpopo. Lapangan Golf di atas gunung Hanglip dan hanya boleh diakses hanya dengan helikopter.

Dengan ketinggian - 430 meter. Jarak mendatar ke lubang - 400 meter. Bola akan berada dalam penerbangan selama kira-kira 30 saat.

jika berjaya mendapatkan hole with one stroke dengan pemain akan mendapat hadiah sebanyak satu juta dolar. Walau bagaimanapun tiada siapa yang mampu lakukan.



Elakkan Sikap Keakuan Yang Menyusahkan Hidup Kita. Apa Sebabnya?

sikap keakuan yang menyusahkan. 
Adakah anda bersikap keakuan tanpa sedar?

Bersikap keakuan atau mementingkan diri sendiri adalah sikap yang berlawanan dengan sifat manusia yang diciptakan untuk hidup bermasyarakat.

Dalam hidup ini kita tidak boleh buat hal sendiri tanpa mengambil tahu dan terlibat dengan orang lain dalam masyarakat yang kita hidup di dalamnya.

Akhirnya nanti kita akan menjadi seperti “kera sumbang” yang terasing walaupun kita tinggal dalam sebuah komuniti.

Apa Yang Ditulis Dalam Majalah Gila-Gila Remaja Tahun 1993 Menjadi Kenyataan

Majalah Gila-Gila Remaja Tahun 1993.jpg 

Apa Yang Ditulis Dalam Majalah Gila-Gila Remaja Tahun 1993 Menjadi Kenyataan

Jika tahun 90-an adalah zaman kanak-kanak dan remaja anda sudah pasti anda mengenali majalah ini. Majalah yang dimaksudkan adalah majalah kartun lawak Gila-Gila Remaja. Majalah ini menjadi antara majalah yang popular buat penggemar komik kartun lawak.

Pada masa itu bukan majalah Gila-Gila Remaja sahaja menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Majalah Ujang, Apo dan beberapa lagi majalah yang menjadi kegilaan masyarakat masa itu.
Bersiri-siri majalah dikumpul oleh peminat semasa itu. Sungguh “heaven” jika diingatkan balik kenangan-kenangan semasa ini. Majoriti remaja semasa itu tidak didedahkan dengan teknologi dan maka buku-buku dan majalah lah yang menjadi santapan harian mereka.

Disebalik Keindahan Foto Gerhana Matahari, Ini Fakta ‘Seram’ Anda Perlu Tahu

Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).

Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor.
 

Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'


Cuaca panas di Malaysia: 8 tip kekal 'sejuk'
Malaysia dijangka mengalami panas paling terik 20 Mac ini.
 
JABATAN Metereologi Malaysia meramalkan fenomena Ekuinoks yang membawa cuaca panas terik bakal melanda Malaysia 20 Mac ini.

Ini tentunya berita kurang baik buat rakyat Malaysia yang 'berperang' dengan cuaca panas dan kering semenjak beberapa minggu kebelakangan ini
Beberapa tip yang dikongsi ini boleh membantu meredakan bahang kepanasan, selain dapat membantu kita kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas.




Ahad, 13 Mac 2016

Resepi SEDAP - Muffin Pisang Gebu

alam
Petang ni buat muffin la pulak untuk minum petang, memandangkan ada pisang masak ranum tu...asyik buat cekodok jer dh jemu...

Kali ini  ambil jalan mudah. Guna Food Prossesor jer, dari ayak tepung sampailah adunan bahan..hahahaha....sonang kojo den...
 

Jenis dan Hikmah di dalam Marah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Jenis dan Hikmah di dalam Marah

Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.
 

Sabtu, 12 Mac 2016

Penjenayah Paling Tampan Didunia Siap Jadi Model Ketika Dibebaskan.


Dunia maya sempat digemparkan dengan wajah Jeremy Meeks, seorang lelaki 30 tahun dari California, Amerika Syarikat. Jeremy bahkan disebut sebagai penjenayah tertampan sedunia kerana terkenal saat Polis Stockton memuat naik fotonya ketika akan ditahan pada 2014 lalu.

Jeremy harus  di penjara kerana memiliki senjata haram. Namun, ia akan segera menghirup udara bebas dalam bulan Mac ini. Jeremy pun telah merancang masa depannya sebagai seorang model kerana telah dikontrak oleh agensi Cross Management saat masih di penjara.


Sifat-sifat ahli syurga


Firman Allah swt.

“Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).


Ketahuilah saudaraku,orang-orang yang mendiami syurga itu adalah sehabis-habis tinggi nikmat dan suka cita tinggal di dalamnya.Syurga ini tempat untuk mendapat balasan nikmat.Dikatakan juga,tiada nikmat melainkan semuanya nikmat dalam syurga iaitu bersuka-suka dan bersedap-sedap sahaja.Apabila berada dalam syurga,tiada lagi susah,tiada lagi penat melainkan senang sahaja dan tiada terkena kotor dan tercemar melainkan putih dan hening pakaian dan badan cukup memakai bau-bauan yang sedap-sedap dan rupa diri mereka itu semacam bulan purnama,dan apabila mereka makan dan minum tiada berhajat mereka itu kepada tandas.
 

Kenali - Thiah pemilik suara Boboiboy

Bagi penggemar siri animasi Boboiboy, pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara kartun superhero itu.

Jangan terkejut kerana di sebalik personaliti Boboiboy, dia adalah gadis berusia 17 tahun, Nurfathiah Diaz, 17.

Mula membabitkan diri sebagai pelakon suara sejak berusia tujuh tahun, Nurfathiah atau lebih mesra disapa Thiah tidak menyangka dia mampu bertahan sehingga sekarang.

Resepi - Kari Ketam Bernanas (Masakan Utara)

Ketam kebiasaannya dimasak gulai lemak, masak sambal, dimasak masam manis. Jarang sekali di sebelah dimasak kari. Tetapi di sebelah Utara, ketam kebiasaannya dimasak kari dengan nanas manis. Tujuannya ialah supaya kuah ketam akan terasa manis dan menambahkan aroma masakan kari ketam ni. Memang amat menyelerakan. .. Lagi satu rahsianya, kalau ketam telah habis, jangan dibuang kuahnya. Boleh dicicah dengan roti benggali atau roti sandwich, atau merendam biskut cream crackers dalam kuahnya.  


So untuk sajian tengah hari ini,  nak kongsi masakan Utara, kari ketam nanas `tumis darat’. Tumis darat ini bermakna tumis di atas.  Dah cukup menu untuk makan tengah hari ini.
 
 

Bedak talkum Johnson & Johnson selamat digunakan - Ketua Pengarah Kesihatan

Bedak talkum Johnson & Johnson selamat digunakan - Ketua Pengarah Kesihatan
Talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik dan digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, penyejuk dan pembawa bahan pewangi. -Gambar fail
 
PUTRAJAYA: Formulasi bedak talkum yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai 'hydrated magnesium silicate' yang wujud secara semulajadi.

"Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal dan talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser)," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...