Selasa, 15 Mac 2016

Disebalik Keindahan Foto Gerhana Matahari, Ini Fakta ‘Seram’ Anda Perlu Tahu

Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).

Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor.
 
Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.
Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu.
Sumber: Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...