Rabu, 2 Mac 2016

Kenapa Wanita Sangat Istimewa & Hidup Lebih Lama?

Menarik artikel tentang kenapa wanita atau isteri itu sangat istimewa dalam kehidupan rumah tangga dan kenapa kaum wanita ini hidup lebih lama dari lelaki.

kenapa wanita istimewa dan hidup lebih lama 

Sama-sama kita membaca kisah kehidupan suami isteri dalam satu malam ini sebagai pedoman bersama:



_ _ _ _ _ _ _
Sepasang suami isteri sedang menonton TV, seraya si isteri berkata.

“I letih la. Dah lewat ni, nak tido lah.”

Si isteri pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. Lepas tu, ada pulak rice cooker dalam sinki yang direndam lepas makan tadi. Terus si isteri membasuh periuk nasi tersebut.

Lepas tu susun pinggan kat rak hinggalah mengelap dapur tempat memasak yang terpercik kena sambal masa masak tadi. Kemudian, check air panas dalam flusk sebab takut habis pulak nanti bila tengah malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk tu, jerang pulak air.

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. Lantas beliau mengambil gula dalam paket dan mengisi semula bekas tersebut sehingga penuh. Lepas tu, check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ade lagi.

“Ishh. ..ni baju bila ni? Bau semacam je. Basuh la kejap.”

Lantas beliau pun pegi belakang dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap jadi lah…

“Chochooooooo!” Bunyi air dah masak. Lantas si isteri memasukkan air panas tersebut ke dalam flusk. Dah settle!

Oh baru teringat tak semayang lagi. On the way nak pergi bilik, si suami masih lagi menonton tv. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. Check jap. Ada baju 2 pasang, towel… towel kecik utk selsama, calamine lotion untuk sapu ruam, pampers 4 keping.

“Alamak. Terlupa pulak nak masukkan botol.” Lantas beliau pergi basuh botol di dapur dan memasukkan dalam beg tersebut. Ok settle!

Ternampak pulak beg kerja beliau. Emm.. besok nak pakai beg Polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je. Lantas beliau pun menyalin barang-barang dari beg coklat tersebut. Cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa. Leceh pulak kalau barang yang tertinggal tu yang nak pakai nanti.

“hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die.. Ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…”

Tetiba dengar suara si suami.

“You buat apa lagi tu? Tadi kata nak tido”

“Yelah nak tido la ni. Nak sembahyang jap.”

Pastu terus si isteri masuk toilet. Buat apa2 yang patut. Cuci muka dulu. 2 jenis pencuci pulak tu. Lepas gosok gigi terus beliau sembahyang.

Lepas solat, si isteri menyapu toner, treatment cream. Biasa la nak lawa and maintain punya pasal lah. Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. Lagipun untuk suami tercinta gak :)

Bukak almari.

“Emmm. .Pakai baju hijau ni lah besok. Nak kena gosok kejap.”

Check pulak baju si suami, baju si suami pun kena gosok jugak ni. Lantas di ambil baju tersebut dan di gosok sekali. Dah siap gosok digantungnya elok-elok dan dikemaskan baju yang digantung tersbut. Seluar papa yang dah kotor dimasukkan dalam bakul baju kotor…ok settle..

“Eh, kenapa komputer ni tak off ni? Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ishhh!” Di angkat gelas tersebut ke dapur untuk dibasuh!

Kedengaran suara si suami lagi.

“I dah ngantuk ni. Jom la tidur, yang!”

“Okay dah nak masuk tido la ni.”

Dalam pada nak masuk ke bilik. “Eh! Pokok aku dah nak mati ni. Lupa dah 3 hari tak siram.”

Beliau pun mengambil air dan siram pokok tersebut di belakang. Check jap pintu belakang…sah tak kunci lagi. Pintu grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang-senang je mat indon masuk rompak umah aku. Dah settle..

“Ni mainan ni sepah-sepah ni, masukkan la dalam bakul mainan budak ni. Banyak nya. Sampai bawah meja makan pun ade. Adoi.. Bertuah punya anak-anak.” Lantas dimasukkan mainan-mainan tersebut ke dalam bakul.

Ok dah boleh baring.

“Adoi sakitnya pinggang. Cium si comel ni kejap. Selimutkan dia sikit. Eh.. Kenapa basah ni? Nak kena tukar pempers lah ni. Adoi tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. Kena pegi Sogo 25hb ni beli brand lain pulak.” Lantas menukar pampers yang basah tersebut.

“Ok sayang tido k. Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. Tido sampai pagi k. Gud nite. Sweet dreams.”

“Aaahh. Sedapnya dapat baring. Mana pulak lotion sapu kurus aku nih? Hah, ni dia!”

Sambil sapu lotion kurus beliau setkan alarm di jam loceng. Setkan juga program kerja besok. Ada meeting katanya jam 9.30 pagi esok..

“Ahhh cukup la. Panas pulak lotion nih. Dah la… Emm..sedapnya lelapkan mata…”

“Ya Allah! Terima kasih untuk rezekiMU hari ini. Mohon keberkatan dari mu ya Allah.”

Kedengaran si suami bangun dan menutup siaran di tv…

“I dah ngantuk sangat ni. Nak tido lah. Citer pun tak best malam ni, bola pun takde.”

Selang seminit kedengaran bunyi si suami berdengkur. Dah agak dah….
_ _ _ _ _ _
Jadi? Apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT. Tu yang tak boleh nak mati cepat tu.

Kepada lelaki, wanita hanya mahukan 3 perkara dari anda iaitu dihormati, dihargai dan disayangi. Selamat beramal :)
 http://fitrihadi.com
Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...