Ahad, 6 Mac 2016

Resepi Mudah - Sambal Telur Masak Merah

Telur puyuh juga enak dimasak resipi ini. 

hiasan 
 

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur rebus semalam
2 biji bawang merah besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
6 biji cili kering | dikisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


CARA MEMASAK:
1. Buang kulit telur dan goreng sekejap hingga perang. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.

sumber foto: marmadukescarlet.blogspot.com /rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...