Selasa, 15 Mac 2016

Gunung Lenyap dari Tempatnya


ALLAH SWT menciptakan bumi ini dengan begitu indahnya. Bumi ini tidak hanya diisi dengan tanah yang rata, yang hanya boleh digunakan untuk membuat bangunan bagi tempat tinggal manusia. Tapi, ada pula gunung-gunung yang dipenuhi pokok-pokok sebagai tempat tinggal haiwan-haiwan tertentu.

Allah SWT menciptakan gunung-gunung sebagai paku bumi. Seperti layaknya paku, suatu benda berbahan kayu yang ditampal di dinding tidak akan bertahan lama jika tidak dipaku dengan baik. Begitu pula bumi. Jika pakunya sudah rosak, maka dapat dikatakan bumi ini pun tidak akan bertahan lama. Inilah yang akan terjadi di akhir zaman.
 

Rasulullah ﷺ sudah mewartakan bahawa salah satu tanda kiamat adalah lenyapnya gunung-gunung dari tempatnya. Baik kerana lenyap dengan sendirinya akibat ditelan bumi, tanah runtuh dan lain sebagainya. Maupun karena ulah manusia akibat pembangunan sehingga merobohkan gunung seperti yang teradi sekarang ini di beberapa negara.

Samurah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga gunung-gunung lenyap dari tempatnya, lalu kalian menyaksikan kejadian-kejadian besar yang belum pernah kamu saksikan sebelumnya," (HR. Thabrani)

sumber islampos.com / detik islam

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Dah banyak bukit juga yang tinggi2 puncaknya diratakan...bersiap sedia sahaja...semoga kita berpeluang beramal soleh lagi...

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...