Rabu, 30 Mac 2016

Kemahiran Anak Yang Perlu Dikuasai Untuk Menghadapi Masa Depan

“Berenang ok. Main alat muzik pun ok. Taekwando pula bagus untuk keselamatan diri, memang sangat ok. Aduh, tak tahu nak pilih yang mana satu sesuai untuk Danish. Semuanya bagus-bagus untuk kemahiran anak bila dah besar nanti”

Memang sukar untuk memilih yang mana satu sesuai untuk meningkatkan kemahiran diri anak-anak kerana selain bijak belajar, anak juga perlu menguasai kemahiran diri.

Apa Pentingnya Kemahiran Anak Untuk Masa Depan?

“Tapi, kanak-kanak ni masih kecil lagi. Yang penting, pandai belajar dan cemerlang dalam akademik. Perlu sangatkah kemahiran diri ini?”

Sebagaimana pentingnya akademik, begitu jugalah pentingnya mendedahkan ‘survival skill’ untuk meningkatkan kemahiran anak. Ia akan membantu mereka membawa diri apabila dewasa kelak.
latih anak buat kerja rumah
Foto Kredit: kabritausa.com




Bayangkanlah, dalam era serba teknologi ini mungkin anak-anak kita dibesarkan dan dibiasakan dengan pelbagai gajet dan mesin untuk membantu memudahkan kerja harian. Namun, adakah ianya dapat membantu mereka untuk menyediakan makanan dan menguruskan diri kelak? Cuba anda biarkan mereka menguruskan pakaian dan makanan sendiri dalam masa seminggu, dapatkah mereka bertahan tanpa membeli di luar?

Tentu tidak, bukan? Jadi, mereka perlu belajar menguruskan diri supaya ia menjadi kebiasaan. Ini akan membantu mereka bersedia menghadapi dunia luar yang penuh cabaran.

Jadi, Apakah 7 Kemahiran Anak Yang Perlu Dipelajari?

1. Memasak

makanan penurun darah tinggi
Foto Kredit: ciudadciencia.es
Dari zaman datuk dan nenek kita lagi, anak perempuan lebih elok berada di dapur. Memasak. Nanti senang apabila disuruh masak untuk suami dan anak-anak.

Zaman berubah sekalipun, anggapan itu masih sama. Namun, dalam dunia serba moden ini, tidak salah anak lelaki perlu pandai memasak seperti mana anak perempuan. Ajak anak lelaki untuk turut membantu anda sewaktu di dapur.

Jadi, jika anda tiada di rumah, anak tidak perlu bergantung pada kedai makan atau ‘fast food’ untuk menyediakan hidangan.

2. Berkebun

Dengan berkebun, anak akan lebih menghargai dan mencintai alam semula jadi. Mereka juga dapat mengetahui bagaimana sayur-sayuran ditanam sebelum hasilnya diambil sebagai sumber makanan.
Ia merupakan aktiviti riadah yang sihat di samping mempelajari kemahiran sains secara ‘hands on’.
Berkebun juga sebenarnya mampu melepaskan stress!

3. Pertolongan Cemas

Jangan tunggu sehingga bab pertolongan cemas ini diajar oleh pasukan beruniform. Setiap rumah perlu memiliki sebuah kotak pertolongan cemas.
Ia sangat penting untuk dipelajari kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa sendiri, keluarga dan orang lain.

4. Berenang

kemahiran anak yang perlu dikuasai
Foto Kredit: siliconvalleymamas.com
Sebagaimana pentingnya pertolongan cemas, berenang juga wajar dipelajari untuk mengelakkan daripada lemas ketika terjatuh dalam air. Lebih-lebih lagi jika tiada orang dewasa di sekeliling.
Galakkan anak anda berenang di hujung minggu. Berenang juga baik untuk kesihatan seisi keluarga.
Tahukah anda, Nabi SAW turut menganjurkan umat Islam untuk berenang, memanah, dan berkuda?

5. Pengurusan Wang

Ajar anak untuk menabung demi masa hadapannya. Meskipun anak masih kurang berpengetahuan dalam nilai duit, namun tidak bermakna mereka bebas untuk membeli apa sahaja yang mereka inginkan.

Jika mereka ingin membeli barang yang diingini, galakkan mereka menyimpan duit. Dengan ini, anak akan lebih menghargai duit mereka sendiri.

6. Membasuh Baju

latih anak buat kerja rumah
Foto Kredit: pixgood.com
Selain menggunakan mesin basuh, ajarkan juga kepada anak cara membasuh baju dengan tangan.
Jika sesuatu pakaian itu diperbuat daripada bahan sensitif atau perlu dicuci dengan cepat, tidak perlulah menggunakan mesin basuh, bukan?

Ia adalah salah satu kemahiran anak yang perlu diketahui. Lebih-lebih lagi apabila duduk di asrama dan berjauhan daripada ibu bapa.

7. Pertahanan diri

Setiap masa, ada sahaja kes penculikan dan perdagangan anak-anak kecil yang semakin membimbangkan, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau remaja.

Anak perempuan terutamanya perlu mempelajari kemahiran ini kerana ia akan membantu mereka dalam memastikan keselamatan diri sentiasa terjamin.

Selain melengkapkan mereka dengan ilmu pertahanan diri, pastikan mereka juga mempunyai penyembur pemedih mata serbaguna atau alat pertahanan diri yang lain seperti wisel yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.
kemahiran anak
Foto Kredit: linkedin.com

Ibu Bapa Perlu Pupuk Kemahiran Anak

Bukan semua ‘survival skill’ ini boleh dipelajari di sekolah. Jadi, janganlah kita mengharapkan guru sekolah mereka mengajarkannya,


Sebaliknya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan anak mereka memiliki kemahiran di atas untuk kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin ‘sakit’.
SIRAPLIMAU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...