Ahad, 20 Mac 2016

Berapa Lama Kesan Ganja Akan Berada Dalam Sistem Tubuh Anda?


marijuana
Marijuana atau dalam bahasa kita ganja baru-baru ini menjadi bualan apabila ada usul untuk ‘menghalalkan’ penggunaan ganja di Malaysia.
Tetapi timbalan menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan menegaskan ganja tetap dadah dan ianya berada di bawah akta dadah berbahaya. Persoalan di sini, berapa lama kesan ganja akan berada di dalam badan kita?

Kesan ‘high’ kerana menghisap ganja hanya bertahan dalam beberapa jam sahaja (dalam 6 jam jika ianya dimakan), tetapi kesan tetrahydrocannabinol atau THC kekal di dalam badan pengguna dengan lebih lama.
Ganja boleh dikesan melalui ujian darah dan air kencing. Jika disedut, ganja akan masuk ke sistem darah melalui alveoli pada paru-paru. Jika ganja dimakan (biasanya dalam bentuk brownies), hati akan menukar THC ini kepada non-psychoactive marijuana metabolites, di mana ianya akan berlegar dalam badan dan disimpan dalam tisu lemak. Ada metabolit THC yang cuma berada dalam badan selama 20 jam dan ada metabolit seperti THC-COOH boleh berada dalam badan sehingga 13 hari






ganja
Dalam satu kajian yang dibuat pada tahun 2014, penghisap ganja akan mempunyai kesan ganja dalam air kencing mereka selama dia minggu dan kesan ganja ini tetap ada dalam darah walaupun penghisap ganja tidak menghisapnya untuk beberapa minggu.
Untuk penghisap ganja yang tidak aktif, kesan ganja boleh dikesan dalam air kencing dalam masa seminggu atau lebih dan ujian darah pula boleh mengesan level THC dalam badan selama 24 jam.
Tetapi jika anda seorang penghisap ganja yang aktif, ujian air kencing anda akan menunjukkan anda positif ganja selama lebih 100 hari selepas kali terakhir anda menghisap ganja dan ujian darah pula selama seminggu.

ganja 1
Datuk M. Saravanan berkata rakyat tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara-negara luar yang menghalalkan ganja seperti Holland dan beberapa negeri di Amerika. “Kita ada standard tersendiri untuk perkara ini dan ganja bukan budaya kita,” tambah M. Saravanan.

Jadi jika anda merancang atau sedang mengambil ganja, berhentilah sebelum anda dikenakan tindakan undang-undang. Kadangkala syarikat atau tempat anda bekerja berhak melakukan random drug test kepada setiap pekerjanya.

 http://www.lelakisihat.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...