Sabtu, 18 Jun 2016

Resepi - Tiga Jenis Biskut Confirm Jadi

  Tiga Jenis Biskut Confirm Jadi!
Tiga Jenis Biskut Confirm Jadi!

Bukan ramai yang rajin buat biskut zaman sekarang, tetapi kalau mudah macam resepi ini, kenapa masih ada alasan tidak mahu buat sendiri? Jom cuba hasilkan sesuatu untuk pikat keluarga dan tetamu yang datang ke rumah nanti...
 
 
1. Biskut Pelangi Bulat
 
 
Bahan-bahan:
250 gm marjerin
170 gm gula kastor
3 biji putih telur
50 gm tepung jagung
200 gm tepung jagung
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, ungu, coklat
 
Cara membuat: 
1. Panaskan ketuhar, suhu 160’Celsius.
2. Pukul marjerin bersama gula kastor hingga kembang.
3. Masukkan putih telur dan kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan tepung gandum yang telah di ayak, kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada enam dan warnakan.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin.
7. Masukkan adunan ke dalam paiping beg dan paip mengikut corak yang disukai.
8. Bakar adunan selama 15 minit dan setelah masak, terus dikeluarkan dari acuan.
 
 
2. Biskut Warna Kembar
 
 
Bahan-bahan: 
250 gm krim keju
100 gm mentega
160 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila 
1 sudu kecil coffee emelco
1 sudu kecil pewarna hitam
300 gm tepung gandum
 
Cara membuat: 
1. Panaskan ketuhar hingga suhu 160’Celsius.
2. Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan vanila dan telur, kacau hingga sebati.
4. Campurkan tepung gandum, adun hingga menjadi doh.
5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan bersama coffee emelco dan pewarna hitam dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
6. Masukkan doh berselang-seli dalam beg paiping dan paip di atas dulang pembakar.
7. Bakar biskut selama 25 minit atau hingga masak.
8. Setelah masak sejukkan ia dan hiaskan.
 
 
3. Biskut Kacang Rangup
 
 
Bahan-bahan: 
250 gm tepung Florentine
500 gm badam
200 gm biji kuaci
100 gm bijan hitam
 
Cara membuat: 
1. Panaskan ketuhar hingga suhu 160’Celsius.
2. Campurkan ke semua bahan, kacau rata.
3. Masukkan ke dalam acuan tanpa lekat.
4. Bakar selama 15 minit.
5. Setelah masak, angkat biarkan seketika kemudian keluarkan dari acuan.
mingguan wanita

1 ulasan:

  1. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu.ATAU BUKA BLOK KI WARA

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...