Isnin, 24 Jun 2013

Resepi Sizzling Yee Mee Sedap!

Assalamualaikum,
Hari ni aku mahu berkongsi resepi untuk menu ku hari ini..abbi request nak makan nih...kebetulan memang baru beli 'hot plate' istimewa untuk sizzling mee ni......so semangat sikit nak buatnya...
walllaaa.... sedap hingga menjilat hot plate lah!

~ tengok.. gelembung gelembung tu... tu tengah menggelegak sakan tu... sedia untuk di angkat!! ~
Ok, moh kita kongsi resepi ya!
 
 

 
Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)

 
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee 
 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
 
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..
 
untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)
ok, selamat mencuba ya rakan rakan..
 http://kellazule.blogspot.com

14 ulasan:

  1. sedap sgt resepi ni. sy dah cuba. mohon share resepi ya. tq.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas resepi ini.
    Saya mohon ubahsuai resepi untuk produk mi saya.
    Jemput ke laman fb: https://www.facebook.com/SeaweedNoodles.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  3. Nak try la ari ni...tp xde mangkuk sizzling, so buh jela semua dlm periuk kan...

    BalasPadam
  4. Bulih saya Tanya?.. Hot plate tu ada di jual di mana ya?

    BalasPadam
  5. If xletak minyak bijan boleh x?letak minyak biasa

    BalasPadam
  6. If xletak minyak bijan boleh x?letak minyak biasa

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Dah try guna resp ni.. mmg best! Thanks kak

    BalasPadam
  8. Hot plate kat kedai jual pinggang mangkok ada jual...1 set 27 hinggt

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...