Selasa, 18 Jun 2013

Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013 : 2 Kali Kenaikan

kenaikan gaji
Pekeliling Kenaikan Gaji 2013 : Murah rezeki penjawat awam sekarang ya. Dan berita terkini yang boleh menggembirakan sekaligus meningkatkan motivasi dan mutu perkhidmatan kalangan kakitangan awam apabila akhirnya, Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 telah pun dikeluarkan di portal JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)




Download Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 (SSM)

Jikalau dilakukan semakan butiran dan maklumat yang dikongsikan satu persatu dalam Pekeliling Kenaikan Gaji Tahunan 1 Julai 2013 itu, Berita Semasa tertarik dengan kenyataan seperti di bawah ini :

Butiran Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat 2013 : Pergerakan Gaji Tahunan

17. Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan yang berkuat kuas
Maknanya berdasarkan pekeliling kenaikan jai kakitangan awam yang terbaru ini, penjawat awam akan menikmati 2 kali kenaikan gaji untuk tahun 2013 kali ini :
  1. Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (Januari, April, Julai atau Oktober)
  2. Kenaikan Gaji Tahunan Khas (1 Julai 2013)
  3. Kenaikan Gaji Tahunan 2014 : April, Januari, Julai, Oktober
  4. Jadi , untuk tahun 2014, semua kalangan kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tahunan seperti biasa
Dua kali kenaikan gaji tahun 2013 ini? Setuju?  Jikalau begitu, tahniah Berita Semasa ucapkan kepada 1.4 juta kalangan kakitangan awam di Malaysia.
KGT 2013 Naik
Dan untuk makluman berdasarkan nilai kenaikan gaji tahunan (KGT) yang Berita Semasa berikan seperti di atas adalah merujuk kepada gred 44 sebanyak RM250 adalah sebagai salah daripada contohnya.

P/S : Nampaknya berita terkini Pekeliling Kenaikan gaji Kakitangan Awam Julai 2013 ini turut sama merupakan “durian runtuh” untuk kalangan  kakitangan Bank Rakyat & Koperasi contohnya meningkatkan servis pinjaman usaha anda ketika ini. Mungkin?
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...