Khamis, 20 Jun 2013

Misteri Pulau Schiermonnikoong Yang Bergerak Dan Berpindah Tempat

Sebuah pulau kecil yang terletak di luar pesisir pantai Belanda dikesan 'tidak duduk diam' atau dalam istilah lain, berkeadaan tidak statik kerana sentiasa bergerak dan berpindah tempat.



Tanah yang dikelilingi air itu didapati kerap bergerak ke bahagian selatan dan timur.

Bunyinya mungkin agak pelik dan tidak masuk akal namun, bukti bahawa pulau tersebut menunjukkan formasi mengejutkan adalah sekitar tahun 1250.




Pada tahun tersebut, pulau berkenaan direkodkan berada di dua kilometer ke utara dari kedudukannya ketika ini. Jika dalam tempoh 763 tahun, pulau itu telah beralih tempat sejauh 2 kilometer. Ini bermakna pergerakannya adalah sekitar 2.62 meter setahun daripada posisi asalnya.

Sekarang ini kawasan tersebut bukan saja telah berpindah tempat tetapi bentuknya juga berubah daripada formasi sebelumnya.



Begitulah keanehan yang dilaporkan berlaku pada sebuah pulau bernama Pulau Schiermonnikoong.

Pulau ini diberi nama sedemikian kerana suatu masa dahulu ia pernah dihuni oleh para biarawan. Malah, nama Schiermonnikoong juga sebenarnya berasal daripada perkataan sami yang jika diterjemahkan setiap satunya, 'Schier' ialah perkataan kuno yang bermaksud 'kelabu'. Perkataan 'monnik' pula bererti biarawan atau sami. Manakala 'oog' diterjemahkan sebagai 'pulau'. Jika digabungkan ia akan membawa maksud 'pulau sami kelabu'.

Cuma, benarkah Pulau Schiermonnikoong tidak duduk statik, sebaliknya sering beralih tempat daripada posisi asalnya?

Fenomena pulau yang bergerak ini memang benar-benar berlaku. Ia sebenarnya suatu kejadian semula jadi bagi sesebuah pulau yang hanya bersifat sementara kewujudannya.

Berdasarkan pemerhatian, Pulau Schiermonnikoong merupakan tanah dikelilingi air yang dibina oleh beting pasir lem-but dan belum mengeras. Beting pasir in biasanya terdedah ke permukaan apabila berlaku penurunan paras air laut atau pengangkatan lantai laut. Akibatnya, pulau tersebut sentiasa mengalami perubahan dan berubah bentuk asalnya. Hinggakan pada suatu jangka masa tertentu, seluruh komposisinya sudah berubah vvalaupun posisinya kelihatan tetap.


Dalam kes Pulau Schiermonnikoong, pulau ini sebenarnya tidak bergerak. 'Pergerakan' yang dimaksudkan berlaku pada tempat ini adalah disebabkan oleh proses hakisan dan pengenapan. Dua perkara ini dikesan berlaku serentak akibat pengaruh arus secara berterusan di tepi pantai yang dihasilkan oleh gabungan ombak dan pasang surut air laut.

Pergerakan pulau ini biasanya selari dengan tepi pantai dan mengikut arah pergerakan arus memanjang. Apabila bahagian pulau terdedah pada arus kuat, hakisan dan pengenapan sedimen akan terjadi di bahagian pulau yang mengalami arus lemah. Sebahagian besar sedimen yang dihakis itu kemudian diendapkan semula ke bahagian lain sekitar pulau.

Proses hakisan pengenapan ini akan terjadi secara berterusan selagi ada pengaruh ombak dan pasang surut air laut. Sekiranya kejadian semulajadi ini terus-menerus berlaku, maka perubahan bentuk pulau juga akan terus berubah mengikut persekitarannya. Faktor inilah yang mengakibatkan bentuk Pulau Schiermonnikoong berubah sedikit demi sedikit setiap hari sehingga dikesan seperti 'bergerak'.

Fenomena yang berlaku di Pulau Schiermonnikoong sememangnya boleh berlaku di mana-mana sahaja. Apa yang membezakannya ialah kadar perubahan yang diperhatikan.


Di Pulau Schiermonnikoong, kadar hakisan dan pengenapan berlaku dengan cepat. Ini kerana pergerakan arus dikawasan itu berlaku tanpa henti malah sangat kuat hingga kita boleh menyaksikan perubahannya semasa hayat kita.

Di Malaysia, pulau-pulau yang terbina dari beting pasir hanya kelihatan semasa air surut. Begitu pun, formasi pulau sebegini juga mengalami perubahan bentuk.

Pulau-pulau bersifat sementara ini hanya terbina daripada pasir dan kewujudannya boleh dilihat di sepanjang tepi pantai bahagian barat Sabah.
sentiasapanas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...