Siapakah Perempuan Bisu Itu? | Kisah Pelik |
Lagi kisah pelik yang pernah terjadi ke atas wa, peristiwa ni dah
setahun lebih berlaku. Kalau tak silap wa waktu buka sem pertama wa di
tahun akhir masa ambil degree dulu. Waktu tu wa baru balik dari cuti
semester, dari kampung ke Hentian Putra Kuala Lumpur. Dan terpaksa menaiki komuter pula untuk ke Serdang .
Sampai je di hentian KTM Serdang, membuat kan perut wa
rasa lapar yang amat disebabkan semalaman tak sentuh makanan. So aku
buat keputusan untuk makan dulu sebelum bertolak balik ke hostel ( Kolej 10 UPM ).
Jam menunjukkan tepat 7.30 pagi. So terpaksalah aku breakfast
sorang-sorang kan. Aku terus menuju ke seberang ke Restoran Mamak (
Maulana ). Tempat biasa wa lepak-lepak dengan kawan-kawan kalau ke Mines Shopping Complex. Malas nak masuk dalam, so wa ambil keputusan duduk di meja kt luar je.
Habis order dan makanan pun sampai, tapi mata aku tak lepas memerhatikan
seorang makcik ni, dia bisu, kat tangan dia hanya ada sebungkus air teh
. Duduk dekat tiang berdekatan mamak sedang bungkus nasik lemak. tetiba
rasa sedih. Dan lepas beberapa minit dia membawa diri dari tempat tu,
sempat gak wa lemparkan senyuman kat dia. Dan senyuman wa di balas
dengan senyuman yang penuh dengan masalah. "I don't know how to say ha".
Gambar Sekadar Hiasan |
Selepas je dia berlalu tak sampai seminit, tetiba wa rasa macam ada
orang je kat belakang wa. Cuba toleh, makcik tu sedang berdiri di
belakang. Agak terkejut gak. Nasib baik sempat cover. Dia cuba
menyampaikan sesuatu dengan bahasa isyaratnya. Wa cuba untuk memahami
setiap isyarat yang beliau berikan. Ternyata, dia lapar dan belum makan.
Dia meminta wa supaya belanja dia nasi.
Dengan hati terbuka wa terus panggil mamak tu, dan suh dia pergi order
makanan yang dia nak. Mamak tu datang tempat gua dan bertanya. "Betul ke awak bayar untuk dia?"
dan wa hanya angguk tanda setuju, tak tahu nak kata apa-apa. Makcik tu
menyuruh mamak membungkus nasi lemak ayam untuk dia. Ternyata raut wajah
yang sebelum ni wa tengok penuh dengan masalah, berubah kepada
keceriaan.
Alhamdulillah. Seronok rasa hati ni dapat tolong beliau walaupun sekecil
itu. Selepas semuanya selepasi dia datang kearah wa dan memberi isyarat terima kasih.
Wa faham, wa senyum tanda balas. Ternyata dia sangat gembira. Lalu dia
membawa diri. Tidak sampai beberapa saat wa cuba toleh ke belakang
berharap dapat melihat beliau. Huh. mana beliau pergi? tidak kelihatan
siapa-siapa. Musykil wa dibuatnya. macam-macam persoalan timbul. Makcik
tu seorang atlit lari pecut kah? mustahil begitu pantas dia leh hilang
dari pandangan.!!! Hmm sampai skang jugaklah masih terfikir-fikir siapa
sebenarnya wanita bisu tu?
Adakah Allah sedang menguji aku? Apakah yang Engkau cuba sampaikan untuk ku? Ya ALLAH, jika itu adalah ujian Mu untukku, aku terima Ujian MU dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Sekadar perkongsian.
http://mawardiyunus.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan