Ibnu
Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid
ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak
karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim
dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada
751 Hijrah (1350 Masihi). Beliau mengatakan bahawa ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia. Apakah pembaziran-pembaziran tersebut?
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
1. Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4. Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5 .Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
8. Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Wallahua’lam…
http://edyramanov.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan