Roda
waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa
yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin
berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara
teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara
praktikal?
Manusia. Mereka
dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana
akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya
daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin
melata.
Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar
atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan
pula kelam.
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.’ -Elbert Hubbard-
1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.
Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya
mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita.
Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan
dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia.
Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri
perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu
sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus
menjadi lava.
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah
ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif
itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi,
buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks.
Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh
membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa
hadapan.
Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum
membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan
itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta
petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.
2. Berhenti ‘berfikir’ tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side.
Jika
sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita,
apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi
kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini?
Begini,
emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua
emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan
‘emosi’ itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada
asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep ‘couple’ dan
‘cinta’ dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi.
Kasihan mereka, manusia meninta, mereka merana.
Kita perlu ambil
kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri
kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita?
Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh,
ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada
hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm
adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah
kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat
cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita tidak membazir wang
untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.
Namun
begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi
mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak
gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan
sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu
kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah keputusan yang
anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?
Tidak.
Oleh
itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati?
Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu. Sama ada kita selesa atau
tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita
selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.
‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ -Paul Clark-
3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai
keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri
kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu
membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak
study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun
terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah
keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi,
sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat
keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan
kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan
syara’.
‘Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ -Hasidic Saying-
Ingat,
apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang
paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah
dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
- Artikel iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan