Selasa, 21 Mei 2013

Panduan Membaca Label Makanan

 Label makanan meliputi apa-apa jenama, tanda, bahan bergambar atau lain-lain pemerihalan yang bertulis atau bercetak pada sesuatu bungkusan makanan. Label makanan bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara menggunakan maklumat yang tertera di dalamnya. Melalui label makanan, kita boleh membezakan kandungan pemakanan antara pelbagai jenama dan mengetahui yang mana lebih tinggi atau rendah kandungan nutriennya.

Antara maklumat yang boleh didapati pada label makanan yang membantu kita dalam membuat pemilihan makanan meliputi panel maklumat pemakanan, akuan pemakanan, senarai ramuan, penandaan tarikh dan informasi mengenai pengilang atau pengeluar.
 



Panel Maklumat Pemakanan
 
Panel Maklumat Pemakanan menunjukkan senarai jumlah tenaga dan beberapa jenis nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam sesuatu produk makanan. Contoh Panel Maklumat Pemakanan seperti di bawah.

 









Akuan Pemakanan Pada Label

Akuan pemakanan ialah sebarang akuan yang dibuat pada label makanan tentang kualiti pemakanan. Akuan seperti “bebas lemak”, “tinggi vitamin C” atau “gula dikurangkan” boleh dijumpai pada produk yang memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan.

Jenis-jenis dan penerangan berhubung akuan pemakanan ini diringkaskan seperti berikut:


Senarai Ramuan
Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untuk mengetahui isi kandungan makanan berbungkus. Kita juga boleh mengetahui ramuan yang boleh menyebabkan alahan makanan melalui senarai ramuan yang dipamerkan.
Beberapa perkara yang boleh membantu kita daripada maklumat senarai ramuan tersebut adalah:



Penandaan Tarikh
 
Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan makanan mudah rosak seperti rumusan bayi, susu dan hasil susu, biskut, roti, makanan bijirin untuk kanak-kanak, jus buah dan sayur-sayuran dipasteur menyatakan penandaan tarikh. Ia dinyatakan di dalam bentuk seperti berikut “TARIKH AKHIR”, “GUNA SEBELUM”, “MAKAN SEBELUM”, “MINUM SEBELUM” atau “BAIK SEBELUM”. Sebelum membeli, kita perlu memastikan produk tersebut tidak terlalu dekat dengan penandaan tarih terutama bagi produk yang dijual dengan harga promosi atau jualan murah. Kita seharusnya sentiasa peka dengan penandaan tarikh produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh yang tertera.
 
  
 

 

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...