Penemuan syiling bertulisan Arab di
Australia yang bertarikh 900 Masihi membuktikan bahawa Australia telah
dijejaki oleh Umat Islam jauh lebih lama sebelum kedatangan bangsa
Eropah di benua tersebut. Lima keping syiling tersebut telah ditemui
oleh seorang tentera yang dikenali sebagai Maurie Isenberg pada tahun
1944 di Pulau Wessel, Australia. Penemuan tersebut benar-benar
mengejutkan kerana umum mengetahui bahawa Australia mula ditemui dan
dijelajah sekitar tahun 1600-an. Antara individu pertama yang berjaya
sampai ke Australia adalah Willem Janszoon pada 1606.
Pada 1770, James Cook menjelajah seluruh
pantai timur Australia. Tidak beberapa lama kemudian, British mula
membina kaloni pertamanya di Botany Bay iaitu sekitar tahun 1788. Abad
seterusnya, British terus membina kaloninya di wilayah-wilayah yang lain
di Australia.
Penemuan syiling tersebut dikaji oleh
seorang ahli sejarah, Ian McIntos dan mendakwa syiling tersebut berasal
daripada sebuah Kesultanan Islam di Kilwa, Afrika. Kilwa kini salah
sebuah wilayah di Tanzania. Kilwa dikatakan mempunyai hubungan
perdagangan dengan India sekitar abad ke-13 sehingga abad ke-16. Kilwa
sendiri adalah sebuah bandar perlabuhan.
Sumber: Dailymail/takusahrisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan